awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan

PKPD: Penduduk alih penghadang jalan laluan alternatif

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
02/06/2021
04:39 MYT
PKPD: Penduduk alih penghadang jalan laluan alternatif
Abdul Rahim Md berkata, setakat ini pihaknya mengesan tiga laluan telah diceroboh penduduk untuk merentasi halangan berkenaan. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Baru memasuki hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan 21 mukim di Kuala Terengganu, sudah ada individu yang bertindak mengalihkan konkrit dan penghadang jalan yang dipasang di laluan alternatif.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md berkata, setakat ini pihaknya mengesan tiga laluan telah diceroboh penduduk untuk merentasi halangan berkenaan.
Jelasnya, ia melibatkan laluan susur keluar Kampung Jeram yang bersempadan antara daerah Kuala Terengganu - Kuala Nerus, Kampung Tiruk sempadan daerah Hulu Terengganu dan Jalan Surau Haji Yaacob sempadan daerah Marang.
“Kita percaya mereka mengalihkan batu-batu ini untuk keluar daripada kawasan daerah Kuala Terengganu ke daerah Kuala Nerus, dipercayai mereka ini menggunakan kenderaan motorsikal kerana batu yang dialihkan itu boleh muat untuk laluan motorsikal,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini satu kertas siasatan telah dibuka kerana perbuatan khianat dengan merosakan batu halangan yang dipasang di susur keluar Kampung Jeram, Manir.
Justeru itu, pihaknya sedang giat mengesan dan tidak akan berkompromi dengan individu yang melakukan tindakan tersebut.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 427 kerana melakukan khianat. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara atau denda atau kedua-duanya.
Sementara itu, Abdul Rahim berkata sebanyak sembilan sekatan jalan raya (SJR) telah dibina di laluan-laluan utama di bandar raya itu bagi mengawal pergerakan penduduk di 21 mukim terlibat.
Selain itu, pihaknya turut menutup 10 laluan alternatif termasuk laluan tikus ke Kuala Terengganu bagi memastikan tiada pergerakan keluar masuk orang ramai ke kawasan itu tanpa kebenaran.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PKP
#penghadang jalan
#konkrit
#PKPD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.