KUALA LUMPUR:Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Penjara Alor Setar dilanjutkan dua minggu lagi, bermula esok sehingga 1 November.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD ini bertujuan membendung jangkitan dan penularan COVID-19 di kawasan tersebut.
"Selain itu, PKPD ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan.
"Setakat 17 Oktober, terdapat 1,178 kes positif COVID-19 melibatkan 1,137 tahanan dan 41 kakitangan penjara telah direkodkan," katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19, hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 661 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), meningkat sekali ganda berbanding semalam dan Jumaat.
Daripada jumlah itu, seramai 632 individu dikompaun dan 27 orang direman.
"Antara kesalahan ialah tidak memakai pelitup separuh muka iaitu seramai 223 orang, gagal menjaga penjarakan fizikal (191) dan gagal menyediakan peralatan merekod butiran diri (112)," tambahnya.
Kata Ismail kerajaan turut memberi tumpuan terhadap kawalan keselamatan di sempadan Sarawak di bawah Ops Benteng merangkumi kawasan daratan dan perairan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).
"Bagaimanapun, kawalan oleh anggota keselamatan sahaja tidak memadai tanpa peranan daripada masyarakat setempat untuk turut sama-sama membantu bagi memastikan negara kita selamat," katanya.
Madiha Abdullah
Sun Oct 18 2020

Pelaksanaan PKPD di penjara itu bertujuan membendung jangkitan dan penularan COVID-19. - Gambar fail

AWANI Ringkas: Kartel daging: SPRM tahan pengarah syarikat | Perhimpunan Agung UMNO tangguh

Mahkamah tidak ada bidang kuasa dengar permohonan cabar proklamasi darurat - Peguam kanan
Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan bagi mencabar proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong, kata peguam kanan Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Melaka tubuh enam CAC di klinik kesihatan
Kerajaan Melaka menubuhkan enam Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di klinik kesihatan seluruh negeri bagi membantu pesakit mendapatkan nasihat dan penilaian awal sebelum dimasukkan ke hospital.

Pengorekan pasir sungai atasi masalah banjir di Kota Belud - Hajiji
Kerajaan Sabah akan melakukan projek mendalamkan sungai di Kota Belud bagi mengatasi masalah banjir di daerah tersebut.

Lima individu ditahan bersama hampir 29 kilogram syabu
Lima individu ditahan bersama Dadah jenis Syabu oleh sepasukan polis dari bahagaian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

AWANI Ringkas: COVID-19: 3,306 kes baharu, 4 kematian | Khairuddin saman Muhyiddin, Kerajaan Malaysia

Cabaran getir Joe Biden baik pulih negara sedang berpecah-belah
Rusuhan di Capitol dikhuatiri akan berulang minggu ini, dengan beberapa protes kecil telah dimulakan dalam kalangan penyokong Trump.

"Ada pelajar yang slow learner.." - calon SPM bimbang tahap pencapaian
Ini termasuk keadaan norma baharu yang terpaksa dihadapi pelajar dalam sesi pembelajaran.

Penduduk di kawasan PKP di Sarawak akan terima bantuan makanan Rabu ini
Usaha penyaluran bantuan ini akan melibatkan penduduk di 11 kawasan termasuk yang berada di kawasan pedalaman.

COVID-19: Sabah catat pertambahan 432 kes baharu
Sabah kekal merekodkan 22 zon merah di seluruh negeri, dengan pertambahan 432 kes positif COVID-19 pada hari ini.

PKPD Penjara Alor Setar dilanjutkan selama dua minggu - Ismail Sabri
Pelaksanaan PKPD ini bertujuan membendung jangkitan dan penularan COVID-19 di kawasan tersebut.

661 ditahan ingkar PKP: Ini 5 tumpuan sidang media Ismail Sabri
Berikut adalah lima tumpuan sidang media harian perkembangan COVID-19 oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Ini lima tumpuan sidang media Ismail Sabri hari ini
TUDM akan melaksanakan penerbangan harian ke dan dari Sabah untuk urusan bantuan logistik kakitangan Kementerian Kesihatan.

Pembangkang mahu bentang usul batalkan Statut Rom
Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata perkara itu sepatutnya dirujuk kepada Majlis Raja-Raja dahulu sebelum ditandatangani.