KUALA LUMPUR:Kerajaan memutuskan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa daerah dan kawasan di Perak, Kelantan dan Sabah.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan tersebut diambil berdasarkan nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
“Kerajaan sebelum ini melaksanakan PKPD di Madrasah Daril Naim, Padang Halban, Mukim Peringat, Kota Bharu, Kelantan yang dijadualkan tamat pada 11 Januari ini.
“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 152 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 78 kes positif COVID-19 telah direkodkan. KKM mengesahkan baki kes aktif di madrasah ini menunjukkan trend penurunan dan terkawal serta tiada lagi sampel menunggu keputusan.
“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Madrasah Daril Naim, Padang Halban, Mukim Peringat, Kota Bharu, Kelantan pada hari ini, 11 Januari seperti yang dijadualkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ismail Sabri juga berkata PKPD di Kampung Paginatan dan kampung Maringkan, Ranau, Sabah juga ditamatkan hari ini seperti yang dijadualkan.
“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 424 ujian saringan di Kg. Paginatan dan daripada jumlah itu sebanyak 45 kes positif COVID-19 telah direkodkan manakala di Kg. Maringkan, 166 ujian saringan telah dilaksanakan dan secara kumulatif merekodkan sebanyak 23 kes positif COVID-19.
“Bagaimanapun, KKM mengesahkan baki kes aktif di kedua-dua lokaliti ini menunjukkan trend penurunan dan terkawal.
“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Kg. Paginatan dan Kg. Maringkan, Ranau pada hari ini, 11 Januari seperti yang dijadualkan,” katanya.
Dalam perkembangan yang berkaitan, beliau juga berkata kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Pusat Koreksional Kamunting (KEMTA) beserta Kuarters pada 12 Januari ini seperti yang dijadualkan, kecuali bagi blok penempatan OKT di Pusat Transit Penerimaan (PTP).
“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 670 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 55 kes positif COVID-19 telah direkodkan.
“Bagaimanapun, terdapat 356 baki sampel saringan masih menunggu keputusan yang melibatkan tahanan di PTP dan tidak melibatkan tahanan lama di blok penempatan serta kuarters kakitangan.
"Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di KEMTA beserta Kuarters pada 12 Januari seperti yang dijadualkan kecuali bagi blok penempatan OKT di PTP yang melibatkan Blok Gemilang, Blok Harapan, Blok Jaya dan Blok Abadi (PKRC) yang mana blok-blok penempatan ini dilanjutkan PKPD mulai 13 sehingga 26 Januari ini," katanya.
Isabelle Leong
Mon Jan 11 2021

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan tersebut diambil berdasarkan nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM). - Gambar fail
![[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen [INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893748/33543290901614877285609_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen
![[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE) [INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893747/33543290891614877053307_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)

Agenda AWANI: Proses Mengerjakan Ibadah Umrah Ketika Pandemik COVID-19
Temu bual Nazri Kahar bersama Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali, Ketua Pegawai Eksekutif, TH Travel & Services Sdn Bhd mengenai proses mengerjakan ibadah umrah ketika pandemik COVID-19 dalam Agenda AWANI.

Agenda AWANI: Peranan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021
Apakah peranan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021? Ikuti diskusi Nazri Kahar bersama Mufti Perlis yang juga Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam Agenda AWANI.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat jadi pengimbang tadbir urus negara
Ahlinya, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melihat kewujudan jawatankuasa bebas darurat ini sebagai satu kredit yang baik untuk memperkukuh urus tadbir negara.

10 Berita Pilihan - (04 Mac 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANI Ringkas: COVID-19: 2,063 kes baharu | Bukan lemas tetapi kebocoran organ perut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00PM).

AWANI Ringkas: Keuntungan Khazanah susut | Anwar jumpa Speaker minta Dewan Rakyat bersidang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (9:00PM).

"Doakan kita boleh balik kampung raya tahun ini" - Ismail Sabri
"Doakan kita boleh balik kampung raya Aidilfitri tahun ini," demikian luah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

AWANI Ringkas: PH rayu Agong titah Sidang Parlimen diadakan | Bersatu pandang serius surat Presiden UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (11:00PM).

Miri catat angka tertinggi kes COVID-19 di Sarawak
Tidak mengikut SOP menjadi punca kenaikan kes di bandar minyak itu, melibatkan platform minyak dan gas di Baram.

PKPD di Sekolah Henry Gurney, Rumah Sewa Anong dan Beverly Hills
Sehingga 3 Mac 2021, sebanyak 152 kes positif telah direkodkan yang melibatkan lima kakitangan, lapan ahli keluarga dan 139 tahanan.

PKPD di tujuh blok rumah pangsa, perumahan Town Villa di Sibu Jaya dilanjutkan
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh blok rumah pangsa dan perumahan Town Villa di Sibu Jaya.

Tuai rumah, JKKK ditugaskan pantau SOP rumah panjang masing-masing - Uggah
Tuai rumah dan JKKK di sembilan rumah panjang di Betong ditugaskan untuk memantau SOP rumah panjang masing-masing.

PKPD di Town Villa, sebahagian besar Flat Sibu Jaya tamat ikut jadual - Ismail Sabri
PKPD di kawasan perumahan Town Villa dan sebahagian besar Flat Sibu Jaya, Sibu ditamatkan seperti yang dijadualkan.

COVID-19: 22 pekerja asing 'hilang' dari asrama berjaya dikesan - Polis
Mereka ditemui malam tadi dan terus dimasukkan ke PKRC di Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah di Tanjung Rambutan.

Tumpuan utama kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan mengenai PKP hari ini
Berikut adalah tumpuan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, hari ini.

PKPD di tiga lokaliti di Melaka, Sarawak tamat esok - Ismail Sabri
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan ditamatkan mengikut jadual.

Nabawan dikenakan PKP, PKPD di beberapa lokaliti Felda di Maran - Ismail Sabri
Ia adalah susulan peningkatan kes yang dicatatkan di kawasan berkenaan.

PKPD di SMK Sultan Idris Shah II ditamatkan, berikut antara tumpuan kenyataan Ismail Sabri
PKPD di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II, Gerik, Perak ditamatkan esok.