Setelah hampir semua sektor ekonomi dan sosial dibuka semula di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), sudah tentu pengusaha beberapa jenis perniagaan lain turut berharap dibenarkan beroperasi semula.
Antaranya, pengusaha perkhidmatan spa dan refleksologi yang merayu kerajaan memberi kebenaran bagi membolehkan mereka kembali menyumbang kepada pemulihan ekonomi domestik.
Presiden Persatuan Spa Malaysia (AMSPA), Datin Jeanette Tambakau, berkata permintaan itu tidak keterlaluan kerana prosedur operasi standard (SOP) premis terbabit tidak berbeza dengan salun kecantikan yang sudah dibenarkan.
“Itulah sebabnya kami merayu kepada kerajaan agar membenarkan kami beroperasi semula kerana SOP kami adalah amat ketat. Malah, SOP kami sememangnya sudah ketat sebelum wabak COVID-19 melanda.
“Kami boleh memperbaikinya (SOP sedia ada) berdasarkan SOP yang dikeluarkan MKN (Majlis Keselamatan Negara).
“Kami sudah menyerahkan (cadangan) SOP kami kepada pihak kerajaan dan sangat berharap perniagaan kami dapat kembali beroperasi tidak lama lagi,” kata Jeanette ketika ditemui Astro AWANI.
Katanya, pengusaha spa dan pusat refleksologi bukan sekadar menjalankan perniagaan demi keuntungan semata-mata, sebaliknya turut menyumbang kepada aspek kesihatan dan kesejahteraan pelanggan termasuk melegakan tekanan.
Beliau berkata, AMSPA dan Persatuan Kesejahteraann dan Spa Malaysia (MAWSpa) turut melancarkan kempen safe2spa bertujuan memberi keyakinan kepada kerajaan dan masyarakat.
“Sekiranya pelanggan mahu ke spa dan ingin tahu sama ada penguasaha itu benar-benar mematuhi SOP, anda perlu mencari spa yang mempunyai pelekat dan sijil safe2spa.
“Kami akan memberikan latihan yang menyeluruh kepada pengusaha spa dan dari situ, mereka boleh melatih pekerja mereka sendiri. Latihan tersebut akan berlandaskan SOP yang dikeluarkan oleh MKN.
“Ia bagi memastikan semua spa ini adalah selamat untuk dikunjungi. Inilah yang akan kami lakukan dalam kempen ini. Spa yang mempunyai pengiktirafan ini akan memberi lebih keyakinan kepada orang ramai,” jelasnya.
Katanya, industri berkenaan yang menjana RM600 juta hasil cukai kepada negara akan dapat membantu pemulihan ekonomi negara.
Isabelle Leong
Sun Jun 21 2020
JEANETTE: Kami sudah menyerahkan cadangan SOP kepada kerajaan dan sangat berharap perniagaan kami dapat kembali beroperasi tidak lama lagi. - Astro AWANI
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Banyakkan program, tarik minat pelajar dalam bidang STEM - Wan Azizah
Pendedahan pelbagai program berasaskan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) perlu dilaksanakan secara berterusan.
Yen jatuh, pasaran berjaga-jaga awasi tindakan Jepun
Dolar meningkat setinggi 154.88 berbanding yen, paling tinggi direkod sejak 34 tahun.
PKPP: Beri kebenaran spa, pusat refleksologi beroperasi secepat mungkin - Persatuan
Pengusaha spa dan pusat refleksologi merayu agar industri tersebut diberikan kebenaran untuk kembali beroperasi secepat mungkin.