PKPP: Ini lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri pada Isnin

Fauzi Suhaimi
Julai 20, 2020 06:39 MYT
PDRM menahan 383 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. - FotoBERNAMA
Berikut perkembangan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sudah memasuki hari ke-39 menerusi kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini:
1. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 383 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP.
2. Sebanyak, 65 sekatan jalan raya Operasi Benteng (Op Benteng) di seluruh negara dan memeriksa 36,001 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus.
3. Sejumlah, 14 warganegara asing ditahan atas kesalahan imigresen.
4. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat saringan ke atas 22,076 individu di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.
5. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah membuat pemeriksaan di enam tapak binaan di Terengganu dan Kelantan
#Imigresen #Kementerian Kesihatan #kesihatan #KKM #KLIA #Malaysia #Media #operasi #pati #PDRM #perintah kawalan pergerakan #Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan #PKP