awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR desak AS henti tindakan ketenteraan terhadap Venezuela

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2026
00:00 MYT
PKR desak AS henti tindakan ketenteraan terhadap Venezuela
Menurut Maszlee, dunia tidak memerlukan lebih banyak peperangan, ketika mana kerjasama global sesuatu yang penting untuk menangani cabaran mendesak seperti kemiskinan dan perubahan iklim. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Biro Hal Ehwal Antarbangsa PKR menuntut tiga perkara susulan serangan Amerika Syarikat (AS) terhadap Venezuela.
Dalam satu kenyataan, Pengerusinya, Maszlee Malik berkata, pertama, AS digesa segera menghentikan segala tindakan ketenteraan bermusuhan terhadap Venezuela.
"Kedua, semua pihak mesti menghormati kedaulatan dan kebebasan politik Venezuela, selaras sepenuhnya dengan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Ketiga, masyarakat antarabangsa hendaklah memikul tanggungjawab untuk memelihara keamanan serta mengutamakan penyelesaian diplomatik, melalui dialog dan forum pelbagai hala khsusunya PBB," kata Maszlee.
Dalam kenyataan itu Maszlee yang juga Pengerusi International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, turut mengulas serangan AS terhadap negara Amerika Latin itu, di mana beliau menegaskan bahawa tindakan pencerobohan tanpa provokasi itu satu pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa serta Piagam PBB.
Beliau berkata, adalah sangat jelas dan terang bahawa berlaku pelanggaran undang-undang khususnya terkait Artikel 2(4) yang mewajibkan semua negara anggota menahan diri daripada ancaman atau penggunaan kekerasan terhadap keutuhan wilayah atau kebebasan politik mana-mana negara.
"Tindakan ini (serangan)adalah satu peningkatan keadaan yang amat serius, yang meruntuhkan asas tatanan antarabangsa pasca perang mengancam kestabilan serantau dan global serta mewujudkan satu duluan berbahaya dalam penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa," ujar beliau.
Tambahnya, dunia tidak memerlukan lebih banyak peperangan, ketika mana kerjasama global sesuatu yang penting untuk menangani cabaran mendesak seperti kemiskinan dan perubahan iklim.
"Ketidakseimbangan tindakan bermusuhan seperti serangan yang berlaku di Venezuela ini hanya akan memanjangkan penderitaan, ketidakstabilan dan konflik global," kata Maszlee.
Justeru itu, PKR melalui Biro Hal Ehwal Antarabangsa dengan tegas menolak perbuatan keganasan Amerika Syarikat yang dizahirkan melalui campur tangan ketenteraan asing serta penindasan terhadap hak sesebuah negara untuk menentukan nasib sendiri.
Topic Berkaitan
#Venezuela
#serangan
#Amerika Syarikat
#PKR
#Maszlee Malik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan