awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shuib didenda RM10,000 promosi vape
'Pirate Queen: Zheng Yi Sao' jadi filem AI generatif pertama di pawagam Malaysia
Gangguan trafik minimum di KM16.33 NKVE Damansara-Subang malam ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR hormat keputusan mahkamah lepas, bebas Zahid Hamidi - Anwar

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
24/09/2022
14:55 MYT
PKR hormat keputusan mahkamah lepas, bebas Zahid Hamidi - Anwar
Anwar berkata keputusan itu bagaimanapun bukan pengakhiran pendakwaan kerana masih terdapat ruang untuk rayuan di mahkamah lebih tinggi. - Gambar/ Astro AWANI
KANGAR: PKR menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Asing (VLN).
Menurut Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan itu bagaimanapun bukan pengakhiran pendakwaan kerana masih terdapat ruang untuk rayuan di mahkamah lebih tinggi.
"Pendirian kita konsisten, kalau proses mahkamah itu dilihat adil maka keputusan hakim itu harus dihormati.
"Ini tidak bermakna keputusan muktamad kerana proses itu perlu diikuti dalam semua kes-kes begini... dia ada peringkat rayuan, tetapi kalau setakat ini... walaupun ada orang pertikai isu sampul dan lain-lain, namun kita terpaksa akur dan hormat keputusan mahkamah.
"Tetapi kita mahu Peguam Negara menjalankan tugasnya," katanya pada sidang media di pejabat Ahli Parlimen Kangar di sini, hari ini.
Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam melepas dan membebaskan Ahmad Zahid atas 40 pertuduhan rasuah berhubung kontrak pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan sistem Visa Luar Negara (VLN).
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bagi kesemua tuduhan terhadap Presiden UMNO itu di akhir pendakwaan.
Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 tuduhan menerima suapan SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu, bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan VLN mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1.15 juta, RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau ketika itu.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Anwar Ibrahim
#kes mahkamah
#bebas dan lepas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan