MALAYSIA
PKR kecam pencerobohan Ben-Gvir terhadap Masjid Al-Aqsa - Maszlee
Maszlee berkata berdasarkan Konvensyen Geneva Keempat, menjadi tanggungjawab kuasa yang menduduki sesebuah wilayah untuk memastikan perlindungan terhadap warisan budaya dan keagamaan di wilayah terbabit. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: PKR mengecam keras tindakan Menteri Keselamatan Israel Itamar Ben-Gvir, susulan pencerobohan dan melakukan ritual Talmud di pekarangan Masjid Al-Aqsa.
Ringkasan AI
Pengarah Biro Hal Ehwal Antarabangsa PKR Dr Maszlee Malik berkata ini kali pertama seorang menteri Israel yang masih memegang jawatan secara terang-terangan mengetuai pencerobohan di kawasan berkenaan, sekali gus mencetuskan kecaman hebat daripada masyarakat antarabangsa.
"Tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, yang mencetuskan ketegangan politik dan keagamaan, adalah satu pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan norma kemanusiaan, serta merupakan provokasi yang tidak dapat diterima, yang cuba mengubah sejarah dan undang-undang Masjid Al-Aqsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata berdasarkan Konvensyen Geneva Keempat, menjadi tanggungjawab kuasa yang menduduki sesebuah wilayah untuk memastikan perlindungan terhadap warisan budaya dan keagamaan di wilayah terbabit.
"Baitulmuqaddis Timur, termasuk Al-Aqsa, diakui komuniti antarabangsa sebagai wilayah yang sedang diduduki.
"Pencerobohan oleh Ben-Gvir yang dilindungi polis merupakan pelanggaran terhadap perlindungan yang ditetapkan dan boleh dianggap sebagai jenayah perang atau jenayah terhadap kemanusiaan kerana ia sebahagian daripada dasar yang lebih menyeluruh yang menyasarkan hak keagamaan dan budaya rakyat Palestin," katanya.
Beliau berkata Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) turut menyifatkan tindakan terbabit sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengubah sejarah dan memperkukuh kawalan de facto ke atas kawasan suci itu.
Sehubungan dengan itu, Maszlee berkata PKR menggesa kerajaan Malaysia agar mengutuk tegas tindakan Ben-Gvir, selain menuntut agar rejim Zionis menghormati kawasan suci agama dan mematuhi undang-undang antarabangsa.
Beliau berkata PKR turut menggesa kerajaan Malaysia and negara anggota ASEAN, bersama-sama OIC dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak pelaksanaan sekatan bersasar seperti pembekuan aset dan larangan perjalanan terhadap pegawai Israel serta kumpulan penempatan yang terlibat dalam pelanggaran itu, serta menghentikan tindakan hukuman terhadap rakyat Palestin.
"Kami menuntut agar Malaysia memanfaatkan kedudukannya untuk menyokong siasatan antarabangsa terhadap jenayah perang, jenayah kemanusiaan dan dasar genosid yang sedang dilaksanakan di Gaza dan wilayah Palestin yang diduduki.
"Kami turut menyeru pemimpin dunia untuk memastikan entiti Zionis Israel bertanggungjawab, menyokong akses kemanusiaan segera ke Gaza serta melindungi kawasan suci serta orang awam Palestin," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- PKR kutuk pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh Menteri Israel: Itamar Ben-Gvir didakwa melakukan ritual di kawasan suci Al-Aqsa, mencetuskan ketegangan dan dianggap pelanggaran undang-undang antarabangsa serta norma kemanusiaan.
- Seruan tindakan tegas dan siasatan antarabangsa: PKR gesa Malaysia, OIC, ASEAN dan PBB laksanakan sekatan terhadap pegawai Israel serta sokong siasatan jenayah perang dan kemanusiaan di Gaza serta wilayah Palestin yang diduduki.
- Tuntutan perlindungan warisan dan kawasan suci: Berdasarkan Konvensyen Geneva Keempat, pencerobohan ini dianggap mencabuli perlindungan terhadap warisan keagamaan Palestin dan cubaan mengubah status kawasan suci secara tidak sah.