[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

PKRC dalam negara mencukupi setakat ini - Mohd Redzuan

Bernama 18/07/2021 | 12:15 MYT
Kerajaan bersedia menambah PKRC di negara ini mengikut keperluan semasa berdasarkan jumlah kes positif COVID-19. - Gambar fail
JEMPOL: Kerajaan bersedia menambah Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di negara ini mengikut keperluan semasa berdasarkan jumlah kes positif COVID-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof bagaimanapun berkata setakat ini, PKRC sedia ada masih mencukupi untuk menampung pesakit COVID-19.
"Sudah tentu kalau kes meningkat kita akan tambah (PKRC) tetapi sekarang terkawal. Kita akan berusaha tingkatkan sistem kesihatan kita," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata secara keseluruhan, lebih 244,000 pesakit dikuarantin di 86 PKRC di seluruh negara sehingga kini dengan lebih 220,000 pesakit telah didiscaj.
Terdahulu, beliau mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada lebih 400 penduduk di Felda Palong di sini dengan kerjasama Perintis Bersatu Negeri Sembilan dalam usaha meringankan beban mereka untuk menyambut Aidiladha Selasa depan.
-- BERNAMA
#PKRC #Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 #COVID-19 #Mohd Redzuan Yusof #felda palong #Aidiladha