PUTRAJAYA: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) akan memperincikan garis panduan berhubung larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti tertentu tidak lama lagi, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Wee dalam catatan menerusi Facebook rasminya pada Isnin berkata kerajaan tidak pernah melarang atau mengharamkan penggunaan kenderaan mikromobiliti di Malaysia jika ia digunakan dalam persekitaran yang selamat dan terkawal.
"Larangan hanya terpakai di jalan raya demi memelihara keselamatan orang ramai," katanya dengan menambah malah keputusan itu juga diambil setelah mengambil kira pandangan dan libat urus pelbagai pihak berkepentingan termasuk pihak berkuasa tempatan.
Menurut catatan itu, Wee terdahulu mengadakan sesi dialog bersama persatuan dan pengusaha kenderaan mikromobiliti di kementeriannya, di sini.
Susulan pengumuman larangan serta-merta penggunaan tiga kenderaan mikromobiliti jenis Moped, Personal Mobility Devices dan Personal Mobility Aids di atas jalan pada 26 April lepas, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah bekerjasama bagi merangka garis panduan larangan penggunaan kenderaan tersebut.
Garis panduan itu diperlukan untuk penentuan bidang kuasa pihak terlibat berhubung kenderaan seumpama itu secara keseluruhan.
"Saya amat mementingkan keselamatan jalan raya dan mahukan jalan raya kita selamat untuk semua pengguna," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 13 2022
Kerajaan tidak pernah melarang atau mengharamkan penggunaan kenderaan mikromobiliti di Malaysia jika ia digunakan dalam persekitaran yang selamat dan terkawal. - Gambar hiasan/ Bernama
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
Cameron Highlands bandar paling bahagia di Malaysia
Persepsi yang diberikan oleh penduduk di Cameron Highlands membuatkan ia dipilih sebagai bandar paling bahagia.
Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Perpustakaan Kontena Bangsa Johor Bahagia
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan merasmikan Perpustakaan Kontena Bangsa Johor Bahagia (BJB) di Kangkar Pulai di sini hari ini.
Pulau Pinang teruskan kerja tambak Projek PSI sehingga peroleh keputusan mahkamah
Kerajaan Pulau Pinang masih meneruskan kerja tambakan laut projek pulau buatan yang dikenali Pulau Silikon berkeluasan 930.8 hektar seperti dirancang sehingga keputusan mahkamah diperoleh.
Cadangan Penarafan Bandar Pintar Malaysia diluluskan - KPKT
KPKT menyasarkan sekurang-kurangnya 61 PBT bertaraf Majlis Perbandaran ke atas mencapai status Smart City Early Adopter pada 2025.
Tragedi Batang Kali: Kerajaan sedia Draf GPP tapak perkhemahan
Draf GPP ini dijangka dapat dimuktamadkan pada akhir April depan setelah mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pelbagai agensi berkaitan.
Kerajaan muktamadkan Garis Panduan Berkaitan Laluan Kenderaan Mikromobiliti
Garis panduan itu memberi fokus kepada elemen keperluan infrastruktur serta kemudahan sokongan yang lain bagi kenderaan mikromobiliti.
Garis Panduan Perancangan Tapak Perkhemahan dimuktamad April ini
Draf Garis Panduan Perancangan (GPP) Tapak Perkhemahan yang disediakan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dijangka dimuktamadkan akhir April ini.
Kerajaan peruntuk RM40 juta bagi Program Bandar Selamat
Peruntukan berkenaan telah diagihkan kepada 24 pihak berkuasa tempatan di seluruh negara.
Had laju tidak lebih 25 km/j bagi mikromobiliti dipertimbang
Garis panduan itu apabila siap akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk diluluskan seterusnya diumumkan.
PLANMalaysia perincikan garis panduan larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti
Larangan hanya terpakai di jalan raya demi memelihara keselamatan orang ramai.