awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong terima menghadap Anwar, dipersembah taklimat isu semasa negara
Kehilangan Nadia Kesuma dilaporkan kepada polis Arab Saudi
Bekas wartawan FMT akan dibebas selepas selesai rakam percakapan - Saifuddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Platform anak muda untuk 'bercakap' dengan PM

Astro Awani
Astro Awani
18/05/2013
05:51 MYT
Platform anak muda untuk 'bercakap' dengan PM
Dalam usaha untuk mewujudkan peluang kepada anak muda, Persatuan Pemuda Negara dengan kerjasama Malaysia Social Media Chambers telah mengadakan forum untuk membincangkan perkara-perkara yang boleh dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presidennya, Shahul Hameed Dawood berkata maklumat yang diperoleh melalui perbincangan itu akan digunakan untuk merangka satu memorandum yang akan dikemukakan kepada Najib sendiri.
Beliau berkata mereka juga akan menjalankan survey di seluruh negara kepada 100,000 responden dengan soalan tentang isu rakyat Malaysia yang juga akan dikemukakan kepada Perdana Menteri.
"Kami akan mulakan draf dan memorandum akan diberikan kepada Perdana Menteri pada hari Selasa minggu depan," kata Shahul ketika ditemui oleh Astro Awani.
Forum bertajuk ' Leading the Nation Forward Post GE13’ antara lain membincangkan mengenai Barisan Nasional (BN) mempunyai majoriti yang merosot dan tidak mendapat undi popular, apa perubahan yang boleh lakukan untuk PRU akan datang, dan adakah pelan transformasi negara berada di landasan ke arah membantu Malaysia mencapai pendapatan tinggi atau tidak.
Antara penceramah yang hadir ialah Khairy Jamaluddin, Datuk Ti Lian Ker, Felo penyelidikan Utama Institut Kajian Etnik, UKM, Datuk Dr Denison Jayasooria, dan peguam pilihan raya Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos.
Sementara itu, ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker memuji usaha yang dilakukan dan melihat ianya sebagai satu platform untuk belia dan ahli panel yang dijemput untuk membincangkan isu-isu tertentu dengan cara yang terbuka dan ikhlas.
"Saya melihat bahawa peserta forum ini berfikiran terbuka dan ikhlas, berbeza dari forum lain yang dijalankan di bawah nama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang lebih ke arah menghentam dan mengkritik," katanya.
Beliau juga menyifatkan forum ini lebih kepada memahami masalah dan mencari penyelesaian serta mencari jalan tengah dalam isu-isu sensitif seperti agama dan bangsa.
Topic Berkaitan
#Persatuan Pemuda Negara
#shahul hameed dawood
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan