MALAYSIA
Platform digital semakin sukar dikawal antara punca kes buli - Nancy
Nancy bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pembukaan ASEAN ICT Forum On Child Online Protection 2025 dan pelancaran Pelan Tindakan Dasar Kanak-Kanak Negara. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Kes buli di negara ini semakin membimbangkan termasuk membabitkan buli siber dalam kalangan kanak-kanak yang menunjukkan peningkatan ketara.
Ringkasan AI
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, trend peningkatan itu bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi tanda jelas bahawa kanak-kanak kini terdedah kepada risiko melalui platform digital yang semakin sukar dikawal.
Menurut beliau, dua faktor utama menyumbang kepada peningkatan tersebut ialah kesedaran masyarakat yang membawa kepada lebih banyak laporan dibuat serta peluang jenayah siber yang semakin luas dan dimanfaatkan pelaku termasuk predator dalam talian.
“Memang membimbangkan. Ia dipercayai meningkat kerana dua faktor. Pertama, ada kesedaran menyebabkan lebih banyak laporan dibuat.
“Kedua, memang wujud peluang kepada pelaku, terutama predator dalam talian,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pembukaan ASEAN ICT Forum On Child Online Protection 2025 dan pelancaran Pelan Tindakan Dasar Kanak-Kanak Negara di sini, hari ini.
Nancy berkata, sebahagian kanak-kanak teruja dengan aktiviti digital tanpa menyedari mereka sedang dimanipulasi sekali gus menjadikan mereka sasaran mudah.
“Kelemahan pemantauan daripada keluarga turut menyumbang kepada risiko apabila ramai ibu bapa terlalu sibuk bekerja dan tidak menyedari kesan sebenar penggunaan teknologi terhadap anak-anak.
“Keadaan itu bertambah buruk apabila guru di sekolah juga berdepan kekangan untuk mengikuti perkembangan ancaman digital semasa kerana bebanan tugas harian. Sebab itu seminar seperti ini penting untuk memberi maklumat terkini,” katanya.
Beliau menegaskan, situasi tersebut menjadikan kanak-kanak lebih terdedah kepada buli fizikal dan siber yang berlaku di platform digital tanpa kawalan serta tanpa pengetahuan orang dewasa.
Ditanya mengenai statistik rasmi terkini, Nancy berkata ia hanya boleh disahkan selepas diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Data mesti daripada PDRM. Kita belum ada angka terkini, tetapi apa pun data itu perlu melalui mereka,” katanya.
Ringkasan AI
- Kes buli di negara meningkat, termasuk buli siber dalam kalangan kanak-kanak yang menunjukkan peningkatan ketara, menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat.
- Faktor utama peningkatan termasuk kesedaran masyarakat yang mengakibatkan lebih banyak laporan dibuat, serta peluang jenayah siber yang semakin meluas, dimanfaatkan oleh pelaku termasuk predator dalam talian.
- Kanak-kanak terdedah kepada risiko kerana terlalu teruja dengan aktiviti digital tanpa sedar dimanipulasi, manakala kelemahan pemantauan keluarga turut menyumbang kepada keadaan ini.