awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Platform penstriman cetak rompak Fmovies telah dilumpuhkan

Amanz
Amanz
30/08/2024
03:20 MYT
Platform penstriman cetak rompak Fmovies telah dilumpuhkan
Platform penstriman cetak rompak Fmovies berjaya dilumpuhkan Alliance for Creativity and Entertainment (ACE) minggu ini. -Amanz
FMOVIES, sebuah platform penstriman cetak rompak telah berjaya dilumpuhkan Alliance for Creativity and Entertainment (ACE) minggu ini.

Ringkasan AI
  • Alliance for Creativity and Entertainment (ACE) berjaya melumpuhkan FMOVIES dan beberapa laman cetak rompak lain seperti bflixz, flixtorz, movies7, myflixer, aniwave, dan Vidsrc.to.
  • Dua suspek warga Vietnam yang dipercayai dalang di sebalik operasi cetak rompak ini telah ditahan oleh pihak berkuasa di Hanoi.
  • FMOVIES, yang beroperasi sejak 2016, telah dilawati 6.7 bilion kali antara Januari 2023 dan Jun 2024, menjadikannya sindiket cetak rompak terbesar di dunia dengan 374 juta pelawat bulanan.

ACE ialah gabungan yang mempunyai lebih 50 ahli yang terdiri daripada studio seperti Amazon, Apple TV+, Netflix, Paramount Global, Sony Pictures, Universal Studios, The Walt Disney Studios, dan Warner Bros. Discovery.
Selain Fmovie, perkhidmatan cetak rompak lain di bawah kelolaan mereka seperti bflixz, flixtorz, movies7, myflixer, aniwave serta perkhidmatan pengehosan video Vidsrc.to juga berjaya dilumpuhkan.
Dua suspek warga Vietnam yang dipercayai menjadi dalang di sebalik operasi telah ditahan pihak berkuasa di Hanoi.
Menurut ACE, Fmovie yang beroperasi sejak 2016 telah dilawati 6.7 bilion kali antara Januari 2023 dan Jun 2024.
Dengan 374 juta pelawat bulanan, ia adalah sindiket cetak rompak terbesar di dunia yang menyebabkan kerugian yang besar kepada pemilik harta intelek. -Amanz
Topic Berkaitan
#platform penstriman
#Cetak rompak
#Fmovies
#Alliance for Creativity and Entertainment
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan