GADGETS
Platform penstriman cetak rompak sukan terbesar dunia 'Streameast' lumpuh
Streameast, laman penstriman cetak rompak sukan terbesar dunia, berjaya dilumpuhkan oleh pihak berkuasa. -Amanz
PERKHIDMATAN penstrimam cetak rompak acara sukan terbesar dunia, Streameast berjaya dilumpuhkan pihak berkuasa.
Ringkasan AI
Pihak Alliance for Creativity and Entertainment (ACE) bekerjasama dengan pihak berkuasa Mesir dari Julai 2024 hingga Jun 2025 bagi mencari pihak yang bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan ini.
Streameast dilawati 1.6 bilion pengguna tahun lalu menerusi 80 domain. ia menawarkan penstriman percuma siaran langsung liga bola sepak utama Eropah, liga UEFA, kelayakan Piala Dunia, UFC, tinju, NFL, NBA, NHL, Formula 1 dan banyak lagi kepada penonton secara haram.
Selain menangkap pengendali, pihak berkuasa juga merampas komputer, telefon pintar, wang tunai dan dompet kripto milik suspek.
Perkhidmatan penstriman cetak rompak acara sukan terbesar dunia, Streameast menggunakan syarikat proksi di UAE untuk menyalurkan pendapatan pengiklanan haram yang dijana oleh laman.
Laman Streameast apabila diakses hari ini akan memaparkan pautan kepada pelawat untuk menstrim acara sukan yang ingin ditonton menggunakan platform penstriman rasmi. -Amanz
Ringkasan AI
- Streameast, laman penstriman cetak rompak sukan terbesar dunia, berjaya dilumpuhkan oleh pihak berkuasa.
- Operasi bersama ACE dan pihak berkuasa Mesir mengenal pasti pengendali, merampas aset dan menjejaki aliran pendapatan haram melalui proksi UAE.
- Laman kini memaparkan pautan rasmi untuk penstriman sah acara sukan kepada pelawat.
Pihak Alliance for Creativity and Entertainment (ACE) bekerjasama dengan pihak berkuasa Mesir dari Julai 2024 hingga Jun 2025 bagi mencari pihak yang bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan ini.
Streameast dilawati 1.6 bilion pengguna tahun lalu menerusi 80 domain. ia menawarkan penstriman percuma siaran langsung liga bola sepak utama Eropah, liga UEFA, kelayakan Piala Dunia, UFC, tinju, NFL, NBA, NHL, Formula 1 dan banyak lagi kepada penonton secara haram.
Selain menangkap pengendali, pihak berkuasa juga merampas komputer, telefon pintar, wang tunai dan dompet kripto milik suspek.
Perkhidmatan penstriman cetak rompak acara sukan terbesar dunia, Streameast menggunakan syarikat proksi di UAE untuk menyalurkan pendapatan pengiklanan haram yang dijana oleh laman.
Laman Streameast apabila diakses hari ini akan memaparkan pautan kepada pelawat untuk menstrim acara sukan yang ingin ditonton menggunakan platform penstriman rasmi. -Amanz

#Streameast
#laman penstriman
#cetak rompak sukan
#terbesar dunia
#UAE
#Alliance for Creativity and Entertainment