awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Platform 'Pertukaran Suka Sama Suka' direalisasikan tahun ini - Dzulkefly

Bernama
Bernama
14/01/2025
21:15 MYT
Platform 'Pertukaran Suka Sama Suka' direalisasikan tahun ini - Dzulkefly
Menurut Dzulkefly, platform digital "Pertukaran Suka Sama Suka" itu bertujuan membolehkan petugas kesihatan dalam skim yang sama bertukar tempat bertugas tanpa perlu campur tangan Bahagian Sumber Manusia. - Foto BERNAMA
BANGI: Pelaksanaan platform digital "Pertukaran Suka Sama Suka" oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dijangka dapat direalisasikan pada suku ketiga atau keempat tahun ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, platform itu bertujuan membolehkan petugas kesihatan dalam skim yang sama bertukar tempat bertugas tanpa perlu campur tangan Bahagian Sumber Manusia.
Bagaimanapun, beliau berkata, sasaran lebih realistik untuk melancarkan platform tersebut adalah pada akhir tahun ini.
Sebelum ini dilaporkan Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) kementerian itu, Norazman Ayob menyasarkan 1 Jun 2025 bagi pelancaran platform itu.
"Perkara ini baharu dan sedang kita bincangkan dengan hangat. Harap-harapnya kita akan dapat merumuskan beberapa penemuan...kita sangat mahukan perkara ini diberikan sebab ini adalah untuk kebajikan petugas atau penjagaan kesihatan pekerja kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Simposium Shariacare: Merintis Kesihatan dengan Nilai-Nilai Syariah, di sini, pada Selasa.
Dzulkefly berkata, perbincangan untuk mewujudkan platform itu telah dimulakan sejak tahun lepas bagi memperkenalkan sistem yang dapat berfungsi dengan efisien tanpa campur tangan pentadbiran.
Beliau juga optimis platform berkenaan mampu menangani isu seperti lesu upaya (burnout) dalam kalangan petugas kesihatan yang ditempatkan jauh dari kediaman mereka.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#petugas kesihatan
#KKM
#platform digital
#Pertukaran Suka Sama Suka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan