[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
GADGETS

PlayStation Family App mudahkan ibu bapa kawal sesi 'gaming' anak-anak

Amanz 12/09/2025 | 05:15 MYT
Aplikasi ini membolehkan tetapan seperti masa bermain, jenis permainan dibenarkan, serta pemantauan masa nyata terhadap aktiviti konsol. -Amanz
SONY baru-baru ini memperkenalkan satu aplikasi khusus untuk konsol permainan video PlayStation 5 mereka, PlayStation Family App, yang memudahkan ibu-bapa untuk mengawal pelbagai jenis perihal gaming anak-anak mereka.


Ringkasan AI
  • Sony memperkenalkan PlayStation Family App untuk memudahkan ibu bapa mengawal aktiviti permainan anak-anak melalui telefon pintar.
  • Aplikasi ini membolehkan tetapan seperti masa bermain, jenis permainan dibenarkan, serta pemantauan masa nyata terhadap aktiviti konsol.
  • Ia kini tersedia untuk dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store.


Melalui aplikasi ini, mereka boleh set pelbagai tetapan kawalan anak-anak sedia ada seperti jumlah permainan sehari, masa permainan dan juga genre permainan yang dibenarkan untuk dimainkan pada akaun mereka terus daripada aplikasi ini.


Secara teknikalnya, kawalan ibu-bapa sudah pun diperkenalkan untuk akaun PlayStation anak-anak, tetapi dengan aplikasi ini, tetapan kawalan ini boleh dilakukan terus daripada peranti pintar mereka, dan tidak lagi memerlukan mereka untuk mengaksesnya melalui konsol.

Lebih menarik lagi ialah selain daripada tetapan ialah ia juga boleh menghantar maklumat tentang penggunaan konsol kepada anda secara masa nyata, jadi anda boleh melihat apakah permainan yang anak-anak anda sedang main, berapa lama dimainkan, dan juga memberi kebenaran atau menolak lanjutan masa bermain.

Aplikasi ini sudah mula ditawarkan melalui Apple App Store dan Google Play Store dan sudah boleh dimuat turun. -Amanz




#Sony #PlayStation Family App #kawal aktiviti permainan anak-anak #aktiviti konsol