GADGETS

PlayStation Store tambah sokongan bayaran guna Apple Pay

Amanz 11/05/2025 | 03:30 MYT
PlayStation Store kini menyokong pembayaran menggunakan ShopeePay dan Apple Pay. -Amanz
PLAYSTATION Store sebelum ini telah menambah sokongan pembayaran menggunakan ShopeePay, sekali gus memudahkan pengguna tempatan membeli permainan kegemaran mereka untuk PlayStation 5.


Ringkasan AI
  • PlayStation Store kini menyokong pembayaran menggunakan ShopeePay dan Apple Pay.
  • Pengguna boleh memilih Apple Pay dan mengimbas kod QR dengan iPhone untuk pembayaran.
  • Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna PlayStation 5.


Terbaharu, PlayStation Store turut menambah sokongan untuk membeli permainan PlayStation 5 menggunakan Apple Pay.

Dengan langkah ini, ketika anda ingin membuat pembayaran di PlayStation Store, anda boleh memilih tetapan Apple Pay dan seterusnya mengimbas kod QR menggunakan iPhone.

Ini sekali gus memudahkan lagi sekiranya anda ingin melakukan pelbagai transaksi untuk kandungan digital menggunakan Apple Pay.

Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat dan dijangka ditawarkan kepada semua pengguna PlayStation 5 dalam masa terdekat. -Amanz




#Apple #PlayStation Store #ShopeePay #Apple Pay #kod QR