Plaza tol Jambatan Pulau Pinang aktifkan ujian bayaran tol melalui kad debit, kredit

Amanz
Mac 17, 2024 03:20 MYT
Pengguna kini boleh melakukan transaksi menggunakan kad debit dan kad kredit bank sebagai alternatif kepada Touch n Go dan RFID. -Amanz
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan bahawa ujian rintis awam sistem pembayaran terbuka sedang dilaksanakan di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang.
Pengguna yang melalui Plaza Tol Pulau Pinang kini boleh melakukan transaksi menggunakan kad debit dan kad kredit bank sebagai alternatif kepada Touch n Go dan RFID.
Seperti biasa, ia boleh diakses di lorong-lorong yang dipasang papan tanda dengan logo MyDebit, Visa dan Mastercard.
Kemudiannya dua terminal khusus disediakan iaitu untuk Touch n Go dan MyDebit-Visa-Mastercard yang membolehkan pengguna menyentuh kad debit serta kredit pada peranti berkenaan untuk transaksi tol.
Bayaran pula akan ditolak daripada baki kad masing-masing. -Amanz
#Jambatan Pulau Pinang #PLUS #tol #kad debit dan kad kredit