KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (Mindef) memaklumkan program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 mungkin tidak melibatkan pelajar-pelajar sekolah, jika ia dilaksanakan kembali.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara tersebut bagaimanapun masih dalam pertimbangan untuk disesuaikan dengan peringkat umur peserta.
"Ia (PLKN 3.0) mungkin tidak akan melibatkan pelajar yang masih bersekolah, mungkin (dilaksanakan) selepas sekolah dan yang nak masuk universiti.
"Itu semua kita sedang timbang. Kita ambil perhatian semua kebimbangan tersebut untuk kita sesuaikan ikut umur, dan kita masih belum muktamadkan," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata PLKN 3.0 tidak akan dilaksanakan tahun ini dan hanya dijadualkan bermula semula pada tahun hadapan.
"Kita belum muktamadkan dan masih berunding. Ada dua komponen, satu kenegaraan dan satu lagi ketenteraan.
"Kurikulum untuk kenegaraan akan dibincang bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana ada eleman perpaduan dalam masyarakat dan aspek ketenteraan akan dibuat oleh Mindef," katanya lagi.
Program PLKN 3.0 dijangka berasaskan 80 peratus latihan ketenteraan, manakala 20 peratus lagi aspek kenegaraan.
Kerajaan sebelum ini memutuskan untuk melaksanakan semula PLKN setelah ditangguhkan lebih lima tahun dan program itu akan dijalankan di 13 kem Rejimen Askar Wataniah serta Pusat Latihan Polis (Pulapol) di seluruh negara.
Hasimi Muhamad
Tue Mar 12 2024
Khaled berkata peringkat umur untuk menyertai PLKN 3.0 masih dalam pertimbangan - Foto/fail
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Perdana Menteri Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Data PADU sudah sedia, termasuk program subsidi bersasar - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Seleweng Projek RM1.2 Bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selangor negeri kelapan terima pakai Akta 672 - Nga
Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di negeri itu.
Singapura dijangka kekal stabil meskipun tidak lagi dipimpin keluarga Lee - Pakar
Penganalisis Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata peralihan kepimpinan utama Singapura kepada Perdana Menteri yang tidak datang dari keluarga Lee dijangka tidak menjejaskan kestabilan pentadbiran republik itu. Jelasnya, Singapura mempunyai sistem peralihan kepimpinan yang sistematik dan konsisten.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Bumiputera perlu lahirkan CEO dalam bidang teknologi baharu - Yayasan Peneraju
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkata bumiputera perlu meningkatkan penglibatan dalam industri teknologi baharu. Jelasnya, persaingan dalam industri laut merah sudah terlalu padat dengan peluang untuk berjaya menaiki tangga korporat itu semakin tipis.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Hsien Loong dijangka kekalkan pengaruh dalam kerajaan Singapura - Pakar
Timbalan Pengarah Eksekutif Institut Asia Eropah Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Roy Anthony Rogers berkata Bekas Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dijangka akan terus mengekalkan pengaruhnya dalam Kerajaan, walaupun sudah melepaskan jawatan utama republik itu. Menurutnya, ini merupakan amalan politik Singapura yang wajar dikekalkan.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
PLKN 3.0 mungkin tidak libat pelajar sekolah - Khaled
Khaled berkata perkara tersebut bagaimanapun masih dalam pertimbangan untuk disesuaikan dengan peringkat umur peserta.