PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan 18 laluan Smart Lane di lokasi tumpuan di lebuh rayanya bagi membantu melancarkan pergerakan trafik ketika cuti Hari Raya Aidilfitri bulan depan.
Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, Smart Lane tersebut tidak dibuka setiap masa, sebaliknya hanya diaktifkan ketika kawasan itu menghadapi kesesakan teruk.
Menurutnya, ketika laluan itu diaktifkan, lorong paling kiri yang sedia ada dibuka sebagai laluan tambahan untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong.
Tambah beliau, PLUS turut melakukan penambahbaikan dengan pemasangan Lampu Hijau Berkelip (Green Flashing Light) untuk menunjukkan bahawa laluan Smart Lane telah diaktifkan.
“Kita juga sediakan lebih banyak lagi papan tanda di lokasi tersebut. Satu kilometer sebelum Smart Lane akan ada papan tanda.
“Selepas satu kilometer, dalam 500 meter sebelum Smart Lane, ada satu lagi papan tanda.
“Pengguna hanya boleh masuk Smart Lane kalau nampak lampu hijau. Kalau nampak lampu berkelip hijau, boleh masuk ke laluan tersebut,” katanya.
Tambah beliau, Smart Lane hanya akan diaktifkan pada waktu siang kerana agak berbahaya untuk pengguna motosikal sekiranya diaktifkan pada waktu malam.
Katanya lagi, PLUS akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam menghebahkan pengaktifan laluan itu di media sosial.
Nik Airina berkata demikian pada sesi Taklimat Media PLUS Pertingkatkan Persediaan Menguruskan Pertambahan Trafik Sempena Musim Perayaan di Persada PLUS pada Rabu.
Antara lokasi Smart Lane tersebut ialah laluan dari Gua Tempurung ke Gopeng, Slim River ke Sungkai, Setia Alam ke Shah Alam, Bukit Tambun (U) ke Plaza Tol Juru dan Bandar Cassia ke Hentian Sebelah Sungai Bakap.
Lorong Smart Lane juga akan diaktifkan di laluan Port Dickson ke Seremban, Kulai ke Senai dan Pandan ke Kempas.
Dalam pada itu, PLUS menjangkakan 2.1 juta trafik pada waktu puncak semasa perayaan Aidilfitri kelak, peningkatan 15 peratus berbanding 1.82 juta trafik pada hari biasa.
PLUS menetapkan 5, 6, 9, 12, 13 dan 14 April 2024 sebagai tarikh puncak yang mana melibatkan pergerakan pulang ke kampung dan juga kembali ke Lembah Klang.
Ridauddin Daud
Wed Mar 27 2024
Ketika laluan Smart Lane diaktifkan, lorong paling kiri yang sedia ada dibuka sebagai laluan tambahan untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Bas ekspres bawa 20 penumpang terbabas, terbalik di Lebuhraya PLUS
Seramai 20 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas selepas bas dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di Kilometer 427.1 Lebuhraya Utara Selatan di sini pada Rabu.
Pemandu treler dipercayai terlelap, kanak-kanak tiga tahun maut kemalangan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut setelah kereta yang dinaiki bersama tujuh ahli keluarganya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM148.1 PLUS berhampiran Bukit Gambir.
Tiga lelaki curi kabel TM ditahan selepas larikan diri 60 kilometer
Tiga lelaki yang disyaki mencuri kabel Telekom Malaysia Berhad (TM) berjaya ditahan manakala seorang lagi lolos setelah melarikan diri sejauh 60 kilometer (km) apabila dikejar oleh anggota polis.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama menghala ke ibu negara
Trafik perlahan di beberapa lokasi seperti Bidor ke Sungkai dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar disebabkan kemalangan.
WCE Banting-Gelang Patah jadi alternatif, atasi kesesakan PLUS - Loke
Lebuh raya WCE bakal menjadi laluan alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang sering dihadapi pengguna di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Lelaki gagal rayuan, kekal dipenjara 10 tahun, dua sebatan kerana merompak
Seorang lelaki gagal dalam rayuan terakhirnya apabila Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan kerana melakukan rompakan berkumpulan.
Aliran trafik Deepavali: 2,752 anggota, pegawai JSPT bertugas - Pengarah
JSPT Bukit Aman telah menugaskan seramai 2,752 pegawai dan anggota di seluruh negara untuk memastikan kelancaran pergerakan lalu lintas sempena cuti Deepavali dan hujung minggu.
PLUS aktifkan 21 lokasi 'smart lane' bermula Rabu sempena Deepavali
Pengaktifan itu merupakan tambahan kepada lokasi lorong pintar sedia ada yang telah dilaksanakan sempena musim perayaan sebelum ini.
Deepavali: 2.62 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai esok
Aliran trafik dijangka meningkat mulai esok dengan jangkaan 2.62 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya utama menuju pantai timur, utara dan selatan Khamis ini, susulan sambutan Deepavali.