awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PLUS aktifkan laluan kontra di Putrajaya-Elite bagi kerja penurapan

Bernama
Bernama
08/06/2024
07:10 MYT
PLUS aktifkan laluan kontra di Putrajaya-Elite bagi kerja penurapan
Pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan, mengikuti papan tanda trafik, dan dapatkan maklumat terkini menerusi X@plustrafik, Aplikasi PLUS, atau Chatbot PUTRI.
KUALA LUMPUR: Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan laluan kontra di laluan antara Putrajaya ke Plaza Tol Putrajaya (Lingkaran Putrajaya) di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) pada 10 hingga 12 Jun ini.

Ringkasan AI
  • PLUS Malaysia Berhad akan aktifkan laluan kontra di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) antara Putrajaya dan Plaza Tol Putrajaya dari 10 hingga 12 Jun untuk kerja penurapan jalan.
  • Kerja-kerja tersebut akan dilaksanakan pada waktu malam dari 9 malam hingga 5.30 pagi pada hari Isnin dan Selasa.
  • Pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan, mengikuti papan tanda trafik, dan dapatkan maklumat terkini menerusi X@plustrafik, Aplikasi PLUS, atau Chatbot PUTRI.

PLUS dalam kenyataan memaklumkan pengaktifan laluan kontra melibatkan KM P3.3 hingga KM P1.9 itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja penurapan jalan dilaksanakan.
"Masa bagi kerja-kerja penurapan pada Isnin (10 Jun) bermula dari 9 malam hingga 5.30 pagi 11 Jun dan akan bersambung pada 9 malam hari Selasa hingga 5.30 pagi 12 Jun (Rabu)," menurut kenyataan itu.
PLUS turut memaklumkan pengguna lebuh raya dari Putrajaya menghala ke Cyberjaya dan Puchong boleh menggunakan pusingan-U sebelum Plaza Tol Putrajaya.
Sementara itu, pengguna lebuh raya dari Puchong menghala ke Plaza Tol Putrajaya boleh menggunakan pusingan-U di Persimpangan Jalan Puchong-Jalan SP2 (bersebelahan Korean School of Malaysia) sebagai laluan alternatif sepanjang tempoh tersebut," menurut kenyataan itu.
Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan sepanjang tempoh itu, selain mematuhi papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan PLUS ketika melalui kawasan kerja terbabit.
"Dapatkan maklumat trafik terkini menerusi X@plustrafik, Aplikasi PLUS atau Chatbot PUTRI. Sila hubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan," menurut syarikat pengendali lebuh raya itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PLUS
#laluan kontrak
#turap jalan
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan