Skip to main content

Malaysia

PLUS aktifkan lencongan di persimpangan bertingkat Juru

81632025459_Plus.jpg
BUKIT MERTAJAM: PLUS Malaysia Bhd (PLUS) akan mengaktifkan lencongan trafik dari jalan susur keluar ke arah Juru-Bukit Mertajam di Persimpangan Bertingkat Juru arah selatan, di sini, mulai 21 Jun hingga 29 Julai ini.

PLUS dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan lencongan itu untuk semua kenderaan bermula jam 12 tengah malam Selasa ini hingga 11 malam 29 Julai bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf kapasiti sistem perparitan sedia ada bersebelahan lebuh raya.

Justeru, orang ramai yang melalui laluan tersebut dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dan mendapatkan maklumat trafik terkini melalui Aplikasi PLUS serta mematuhi had laju dan arahan papan tanda trafik ketika melalui kawasan itu.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video