awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PLUS buka 1,500 kaunter bayaran tol sempena Aidilfitri

Bernama
Bernama
03/08/2013
01:52 MYT
PLUS buka 1,500 kaunter bayaran tol sempena Aidilfitri
Plus Expressways Bhd (Plus) akan membuka 1,500 kaunter bayaran tol sempena Aidilfitri berbanding 1,000 kaunter pada hari biasa, kata Pengarah Urusannya Datuk Noorizah Abd Hamid.
Beliau berkata Pusat Operasi Trafik Plus juga akan menambah bilangan pekerja kepada 75 orang sehari dan beroperasi 24 jam sempena musim perayaan bagi memantau keadaan trafik di lebuh raya.
Beliau berkata Plus juga menambah enam unit bermotosikal dalam unit bengkel bergerak mereka atau 'Workshop on Wheel' (WOW).
"Dengan adanya unit WOW bermotosikal ini, kami dapat menyalurkan bantuan kepada pengguna dengan lebih cepat" katanya pada sidang media mengenai persiapan Plus menjelang musim perayaan di sini hari ini.
Plus hari ini mengeluarkan jadual cadangan waktu perjalanan bagi rujukan pemandu untuk mengelakkan kesesakan.
Antara cadangan tersebut adalah bagi perjalanan di Lebuhraya Utara Selatan di antara 2 hingga 7 Ogos untuk perjalanan balik ke kampung dan dari 10 hingga 18 Ogos bagi perjalanan pulang ke Lembah Klang.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#PLUS
#tol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan