awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PLUS jangka dua juta kenderaan pada hari puncak ketika Aidilfitri

Bernama
Bernama
14/04/2022
07:00 MYT
PLUS  jangka dua juta kenderaan pada hari puncak ketika Aidilfitri
PLUS menyarankan orang ramai supaya membuat perancangan dan pulang ke kampung lebih awal bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam lonjakan trafik pada hari-hari puncak dan kesesakan menjelang cuti hari raya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyarankan pengguna lebuh raya supaya membuat perancangan untuk pulang ke kampung sempena Aidilfitri kerana dijangkakan trafik harian boleh mencecah dua juta kenderaan sehari antara 29 April hingga 9 Mei ini.
Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata jumlah trafik harian boleh meningkat sebanyak 25 peratus kepada dua juta kenderaan pada hari-hari puncak itu, berbanding 1.6 juta sehari pada masa ini.
"PLUS menyarankan orang ramai supaya membuat perancangan dan pulang ke kampung lebih awal bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam lonjakan trafik pada hari-hari puncak dan kesesakan menjelang cuti hari raya terutamanya pada akhir Ramadan.
"Sehubungan itu, PLUS akan turut mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dalam tempoh terdekat bagi membantu orang ramai merancang perjalanan balik kampung dan balik kota masing-masing pada musim perayaan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azman berkata pasukan operasi lebuh raya juga bersiap siaga membantu orang ramai untuk pulang ke kampung pada cuti perayaan Aidilfitri yang amat dinanti-nantikan tahun ini.
Beliau berkata ia melibatkan pendekatan holistik merangkumi pelbagai aspek termasuk adaptasi teknologi untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan orang ramai.
"Pelan persediaan operasi lebuh raya tersebut akan diumumkan kemudian," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PLUS
#pulang berhari raya
#balik kampung
#jumlah trafik
#Aidilfitri
#hari raya
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan