awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PLUS jangka lebih 2 juta kenderaan guna lebuh raya sempena Aidilfitri

Amirul Aiman
Amirul Aiman
19/03/2025
04:50 MYT
PLUS jangka lebih 2 juta kenderaan guna lebuh raya sempena Aidilfitri
PLUS menjangkakan lonjakan trafik yang ketara menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, dengan anggaran melebihi dua juta kenderaan pada tiga hari sebelum perayaan.
PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan lonjakan trafik yang ketara menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, dengan anggaran melebihi dua juta kenderaan pada tiga hari sebelum perayaan.
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Ir Zakaria Ahmad Zabidi berkata, peningkatan trafik tertinggi dijangka berlaku pada Khamis, Jumaat dan Sabtu sebelum Aidilfitri, dengan jumlah keseluruhan trafik musim perayaan kali ini mencecah lebih 2.2 juta kenderaan sehari.
“Begitu juga selepas perayaan, kita jangkakan trafik puncak pada tiga hari bermula 4 April iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad.
"Oleh itu, 4 April turut disenaraikan sebagai salah satu hari trafik kemuncak dengan jumlah melebihi dua juta kenderaan,” katanya pada sidang media persediaan PLUS dalam menguruskan peningkatan trafik sempena Aidilfitri 2025.
Bagi menguruskan aliran trafik, PLUS telah mengambil beberapa langkah, termasuk pengaktifan 28 laluan SmartLane di lokasi strategik dengan tambahan tiga lokasi baharu.
Selain itu, larangan terhadap kenderaan berat juga akan dikuatkuasakan dua hari sebelum dan dua hari selepas perayaan.
PLUS turut memperkenalkan ciri baharu dalam aplikasi mudah alihnya, MyPLUS-TTA, yang membolehkan pengguna merancang perjalanan dengan lebih cekap sepanjang musim perayaan ini.
Lebih 5,000 petugas akan dikerahkan di sepanjang Lebuhraya PLUS dan LPT2 bagi memastikan perjalanan pengguna lancar dan selesa.
Selain itu, sebanyak 59 lokasi tandas di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), Hentian Sebelah serta Plaza Tol telah dinaik taraf sejak tahun lalu sebagai sebahagian daripada usaha PLUS meningkatkan kemudahan untuk orang ramai.
Orang ramai disarankan merancang perjalanan mereka lebih awal dan mematuhi jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang disediakan oleh PLUS bagi mengurangkan kesesakan di lebuh raya.
Umat Islam di negara ini dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 31 Mac ini.
Topic Berkaitan
#PLUS
#trafik lebuhraya
#Hari Raya Aidilfitri
#jumlah kenderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan