MALAYSIA
PLUS jangka lonjakan trafik lebih dua juta kenderaan sempena Aidiladha
PLUS menyediakan jadual perjalanan digital menerusi aplikasi PLUS bagi membantu pengguna merancang perjalanan lebih awal. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan lebih dua juta kenderaan sehari akan berada di rangkaian lebuh rayanya pada hari-hari puncak sempena cuti perayaan Aidiladha, iaitu antara 5 hingga 6 Jun serta 8 dan 9 Jun ini.
Ringkasan AI
Menurut kenyataan PLUS hari ini, bagi mengagihkan trafik dan mengelakkan penumpuan kenderaan di lokasi tertentu secara serentak, syarikat itu menyediakan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA menerusi aplikasi PLUS bagi membantu pengguna merancang perjalanan lebih awal.
"Oleh itu, PLUS menyeru orang ramai supaya merancang dan menyusun jadual perjalanan masing-masing lebih awal berdasarkan cadangan MyPLUS-TTA, terutamanya bagi perjalanan pulang ke kampung halaman dari Lembah Klang antara 5 hingga 7 Jun, serta perjalanan pulang semula ke Lembah Klang antara 8 hingga 10 Jun selepas bercuti sempena Aidiladha," menurut kenyataan itu.
PLUS memaklumkan, pengguna lebuh raya boleh mendapatkan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA dengan memuat turun dan mengakses aplikasi PLUS untuk memilih waktu perjalanan yang paling optimum bagi perjalanan di Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di antara 5 Jun hingga 10 Jun ini.
Menurut PLUS, inisiatif MyPLUS-TTA ini adalah sebahagian usaha PLUS untuk meningkatkan keselesaan pengguna lebuh raya semasa musim-musim perayaan berdasarkan data dan pola perjalanan pada musim-musim perayaan lalu.
Bagi melancarkan aliran trafik sempena perayaan, PLUS akan mengaktifkan Smart Lane di 30 lokasi tumpuan yang boleh dikenal pasti melalui Lampu Hijau Berkelip (Green Flashing Light) dan papan tanda khas. Laluan ini hanya untuk kenderaan ringan, persendirian dan penumpang, dengan had laju disarankan sekitar 60 kilometer per jam (km/j).
PLUS turut mengingatkan pengguna untuk mematuhi arahan petugas di lokasi serta tidak menggunakan lorong kecemasan di lokasi lain yang tidak mempunyai laluan Smart Lane bagi mengelak tindakan undang-undang dikenakan.
Sepanjang tempoh 5 hingga 9 Jun, tiada penutupan lorong untuk kerja penyelenggaraan akan dilakukan, kecuali bagi kes kecemasan, kemalangan atau pembaikan kritikal.
Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk menyediakan 26 unit tandas kabin tambahan di hentian sebelah dan plaza tol terpilih bagi meningkatkan keselesaan pengguna lebuh raya, sebagai pelengkap kepada kemudahan tandas sedia ada di lokasi berkenaan.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik dan merancang perjalanan melalui aplikasi PLUS, PUTRI, Pembantu Maya - PUTRI, X@plustrafik, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih manakala untuk bantuan kecemasan hubungi PLUSLine 1800-88-0000 atau LPT2Line 1800-88-0220.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Lonjakan trafik sempena Aidiladha: PLUS Malaysia Berhad menjangkakan lebih dua juta kenderaan sehari di lebuh raya pada hari-hari puncak antara 5 hingga 6 Jun serta 8 dan 9 Jun.
- Jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA: PLUS menyediakan jadual perjalanan digital menerusi aplikasi PLUS bagi membantu pengguna merancang perjalanan lebih awal.
- Langkah melancarkan trafik: Smart Lane akan diaktifkan di 30 lokasi tumpuan, tiada penutupan lorong penyelenggaraan, dan tandas kabin tambahan disediakan untuk keselesaan. pengguna