PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari in memohon maaf kepada semua pengguna Lebuhraya Utara-Selatan yang mengalami kesulitan akibat kesesakan trafik yang teruk bagi laluan ke utara di antara Simpang Pulai-Ipoh hari ini.
Menurut satu kenyataan, kesesakan tersebut adalah disebabkan oleh satu kemalangan yang membabitkan lori tangki (Kelas 2) yang membawa muatan diesel terbalik di KM256.5 (Arah Utara) berhampiran Terowong Menora (Ipoh) ke Kuala Kangsar pada jam 8:30 pagi tadi. Kemalangan tersebut telah menyebabkan kesemua laluan arah ke utara terhalang.
"Untuk memastikan laluan tersebut selamat untuk pengguna lebuh raya, PLUS bersama agensi-agensi berkaitan seperti pasukan bomba, polis, Jabatan Alam Sekitar serta Hazmat telah menjalankan kerja-kerja pengalihan dan pembersihan tumpahan diesel di lokasi terbabit.
BACA: Lori tangki terbalik, laluan selepas Terowong Menora terkandas
"Selain itu, bagi membantu mengurangkan kesesakan di lokasi kejadian, PLUS juga telah mengarahkan semua kenderaan yang menuju ke arah utara untuk keluar di Plaza Tol Ipoh Selatan, mengaktifkan laluan kontra dan mengarahkan kenderaan membuat pusingan-u di lokasi kejadian," menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Selain itu, Kkrja-kerja pengalihan dan pembersihan telahpun selesai dan laluan telah dibuka semula kepada semua kenderaan pada jam 2:00 petang tadi.
PLUS juga menasihatkan kepada pengguna yang belum memulakan perjalanan agar merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya PLUS melalui talian PLUSLine di 1800 88 0000, plustrafik twitter atau menerusi aplikasi PLUS Mobile.
Astro Awani
Sat Dec 10 2016
Pihak PLUS terpaksa menutup satu lorong arah selatan bagi memberi laluan kenderaan yang hendak ke utara meneruskan perjalanan. - Foto Astro AWANI
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
16 maut, 40 cedera dalam letupan lori tangki di Haiti
Sebuah lori tangki meletup di barat daya Haiti pada Sabtu, mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang dan mencederakan 40 yang lain.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
KPDN Melaka tumpaskan sindiket seleweng diesel bersubsidi
Serbuan dibuat hasil pemantauan intensif anggotanya di lokasi 'panas' aktiviti penyeludupan dan pemindahan bahan api itu ke luar Melaka.
Wanita bersama bayi perempuan maut nahas kereta, lori tangki
Mangsa yang cedera dibawa ke hospital menaiki ambulans bagi menerima rawatan lanjut.
Lori tangki bawa metanol bocor di lebuh raya
Sebuah lori tangki membawa metanol (UN 1230) mengalami kebocoran di susur keluar ke Tapah dekat PLUS arah utara pada Rabu.
KPDN rampas 41,000 liter diesel bersubsidi cuba diseleweng di PD
KPDN Negeri Sembilan merampas 41,000 liter diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM59,400 dalam serbuan di dua premis berasingan di Port Dickson.
APMM tahan lima lelaki, sita 28,000 liter diesel bersubsidi
Turut disita adalah sebuah bot anchor, lori tangki serta kenderaan pacuan empat roda dengan nilai keseluruhan lebih RM3.3 juta.
20 maut dalam letupan ketika cedok minyak dari lori tangki
Sekurang-kurangnya 20 orang mati terbakar, dipercayai akibat percikan dari telefon yang dipegang oleh seorang daripada mangsa.
Anak maut, ibu patah kaki dalam nahas bas dan lori tangki
Seorang kanak-kanak maut manakala ibunya patah kaki dalam kemalangan melibatkan sebuah bas henti-henti dan lori tangki di Segamat pada Sabtu.