awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PLUS nasihat pengguna rancang awal perjalanan sempena Sidang Kemuncak ASEAN

Bernama
Bernama
22/05/2025
03:00 MYT
PLUS nasihat pengguna rancang awal perjalanan sempena Sidang Kemuncak ASEAN
PLUS turut menyeru orang ramai agar mematuhi arahan pihak berkuasa dan petugas trafik di lokasi serta menggunakan laluan alternatif sekiranya perlu bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihati pengguna lebuh raya agar merancang perjalanan lebih awal susulan penutupan beberapa laluan secara berperingkat sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.
PLUS dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan itu melibatkan beberapa jajaran lebuh raya kendaliannya, selaras dengan arahan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memberi laluan kepada pergerakan delegasi antarabangsa sepanjang tempoh persidangan itu.
"Penutupan berperingkat akan dilaksanakan mulai 23 hingga 26 Mei bermula 7 pagi serta pada 28 Mei mulai 8 pagi," menurut kenyataan itu.
Laluan terlibat antaranya ialah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Putrajaya di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), laluan Subang ke Jalan Duta di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), dan laluan Sungai Buloh ke Jalan Duta di Lebuhraya Utara-Selatan.
Menurut PLUS, pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kelancaran operasi di semua laluan terlibat dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa, khususnya anggota trafik bagi memudahkan pergerakan delegasi yang menggunakan lebuh raya PLUS.
Pengguna lebuh raya yang menuju ke atau dari KLIA serta Pangkalan Udara TUDM Subang dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kelewatan.
PLUS turut menyeru orang ramai agar mematuhi arahan pihak berkuasa dan petugas trafik di lokasi serta menggunakan laluan alternatif sekiranya perlu bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Untuk maklumat trafik terkini, pengguna boleh merujuk aplikasi PLUS, media sosial rasmi JSPT/PDRM, akaun X @PLUSTrafik, papan tanda elektronik (VMS) di lebuh raya, atau menggunakan aplikasi pandu arah seperti Google Maps dan Waze bagi merancang perjalanan dengan lebih cekap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN25
#PLUS
#penutupan jalan
#rancang perjalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami