awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PLUS - rebat hingga 50% untuk hari perjalanan luar waktu puncak

Astro Publication
Astro Publication
18/06/2015
08:11 MYT
PLUS - rebat hingga 50% untuk hari perjalanan luar waktu puncak
Sebentar tadi pihak lebuhraya PLUS telah mengumumkan bahawa pemandu yang membayar kadar tol secara elektronik pada hari-hari terpilih sekitar Hari Raya Aidilfitri akan mendapat rebat sehingga 50%.
Mengikut Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, “Rebat toll akan diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar secara elektronik pada bukan hari puncak iaitu 13, 14, 15, 21, 22 dan 23 Julai bersempena perayaan Hari Raya. Dan rebat ini hanya untuk perjalanan melebihi 100km di atas lebuhraya PLUS.”
(Kenderaan Kelas 1 adalah kereta dengan dua gandar beserta tiga atau empat roda, tidak termasuk teksi)
Pembayaran elektronik yang dimaksudkan adalah melalui kad Touch ‘n Go dan PLUSMiles, ataupun SmartTAG.
Rebat 50% adalah untuk Julai 13 dan 23. Rebat 40% pula adalah untuk Julai 14 dan 22; manakala rebat 30% adalah untuk perjalanan pada Julai 15 dan 21.
Mengikut PLUS, pemberian rebat ini adalah untuk menggalakkan para pengguna untuk memulakan perjalanan ketika harhari bukan puncak.
Selain itu, PLUS akan mengumumkan langkah-langkah seperti maklumat Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA, Travel Time Advisory) tidak lama lagi.
Topic Berkaitan
#
#PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan