awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita mengamuk, cederakan pekerja restoran guna garpu didenda
PETRONAS tandatangani perjanjian bekalan LNG selama 20 tahun dengan QatarEnergy
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PLUS untung RM8.4 juta bagi tahun 2014 - Rosnah

Bernama
Bernama
30/11/2015
13:41 MYT
PLUS untung RM8.4 juta bagi tahun 2014 - Rosnah
Dewan Rakyat diberitahu, walaupun pendapatan dari kutipan tol PLUS setiap tahun adalah tinggi, namun perbelanjaan untuk menguruskan lebuh raya itu juga tinggi.
Jumlah keuntungan selepas cukai pemegang konsesi Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Expressway Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 ialah sebanyak RM8.4 juta, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata bagi 2014, jumlah hasil kutipan tol PLUS adalah sebanyak RM2.61 bilion yang melibatkan bilangan trafik tahunan sebanyak 506 juta kenderaan.
"Walaupun pendapatan dari kutipan tol PLUS setiap tahun adalah tinggi, namun perbelanjaan untuk menguruskan lebuh raya itu juga tinggi dengan setiap ringgit tol dikutip, pemegang konsesi perlu membayar balik faedah pinjaman, menaik taraf dan memperbaiki lebuh raya yang sedia ada," katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mohd Idris Jusi (PKR-Batu Pahat) yang meminta Menteri Kerja Raya menyatakan keuntungan terkumpul pemegang konsesi Lebuhraya PLUS sehingga tahun 2014 dan rancangan melanjutkan konsesi serta rasionalnya.
Rosnah berkata dianggarkan secara purata 50 peratus daripada pendapatan tol PLUS digunakan untuk tujuan bayaran balik pinjaman, 20 peratus untuk operasi dan penyelenggaraan, 15 hingga 20 peratus untuk kos menaik taraf dan membaik pulih dan 10 peratus sahaja pulangan kepada pemegang saham.
Sementara itu menjawab soalan tambahan Mohd Idris, Rosnah berkata kerajaan amat prihatin dengan keresahan rakyat yang terbeban dengan kenaikan tol dan telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuklah hanya membuat penyelarasan kadar tol selepas lapan tahun ditangguhkan.
"Kerajaan juga telah menutup dan memansuhkan kutipan tol bagi lapan plaza tol serta mengurangkan kadar tol di beberapa plaza tol di seluruh negara iaitu bagi Plaza Tol PJS 2 Lebuhraya Baru Pantai, Plaza tol Sungai Nyior di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth dan Plaza tol Lebuhraya Shah Alam (Kesas)," katanya.
Beliau berkata kerajaan dalam masa sama menggalakkan syarikat konsesi tol supaya menjalankan tanggungjawab sosial korporat termasuk PLUS yang memperuntukkan RM20 juta setahun bagi program rebat Plusmile dan rebat pada musim perayaan.
"Inisiatif ini adalah selaras dengan manifesto Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu untuk mengurangkan kenaikan tol lebuh raya antara bandar secara berperingkat yang sering dimanipulasi," katanya.
Topic Berkaitan
#keuntungan
#lebuh raya
#PLUS
#Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan