awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
09/02/2026
06:01 MYT
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz, berkata aliran trafik dijangka bermula lebih awal seawal 12 Februari berikutan pertindihan cuti sekolah. - Foto Astro AWANI
TAPAH : PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi membantu melancarkan pergerakan trafik, khususnya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), susulan jangkaan peningkatan mendadak jumlah kenderaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bersambung dengan permulaan Ramadan.
Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz, berkata aliran trafik dijangka bermula lebih awal seawal 12 Februari berikutan pertindihan cuti sekolah, hujung minggu, perayaan Tahun Baharu Cina serta awal Ramadan.
Menurut beliau, PLUS menjangkakan jumlah trafik mencecah sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari-hari puncak tertentu, menjadikan pengurusan trafik di R&R antara fokus utama operasi musim perayaan kali ini.
“Bagi mengurangkan kesesakan, khususnya di R&R yang menjadi tumpuan pengguna, PLUS bekerjasama dengan RELA dengan menempatkan hampir 300 anggota bagi membantu kawalan trafik dan kelancaran pergerakan kenderaan,” katanya.
Mohd Yusuf berkata, penugasan anggota RELA akan tertumpu di R&R berkapasiti besar dan berisiko sesak tinggi seperti di Tapah, Gurun dan Seremban, berdasarkan analisis data trafik sebelum ini.
Beliau menjelaskan, langkah itu turut disokong dengan strategi menggalakkan pengguna memanfaatkan kemudahan awam di luar kawasan lebuh raya, termasuk fasiliti berhampiran plaza tol yang menyediakan tandas, surau, tempat letak kenderaan serta mesin layan diri.
“Pendekatan ini penting bagi menyuraikan tumpuan kenderaan di R&R dan mengagihkan trafik dengan lebih seimbang sepanjang lebuh raya,” katanya.
Beliau berkata demikian di R&R Tapah Selatan sempena Jelajah Media (Media Tour) Ke Wilayah Tengah Lebuhraya PLUS Bagi Meninjau Persiapan Menghadapi Peningkatan Trafik Sempena Perayaan Tahun Baru Cina pada Isnin.
Dalam masa sama, PLUS turut menasihatkan pengguna merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan Jadual Perjalanan Digital MyPLUS TTA bagi membantu memilih waktu perjalanan paling sesuai serta mengurangkan risiko kesesakan semasa tempoh puncak.
Topic Berkaitan
#Tahun Baharu Cina
#PLUS
#musim perayaan
#tol
#RELA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan