TOKYO: Memperkasakan Dasar Pandang ke Timur serta memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia dalam hubungan dua hala Malaysia-Jepun adalah antara intipati yang bakal diketengahkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jepun selama enam bermula hari ini.
Lawatan ini adalah lawatan kerja rasmi sulungnya ke Jepun semenjak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021.
Sempena lawatannya, Ismail Sabri akan bertemu rakan sejawatnya Fumio Kishida, yang baru memegang jawatan itu pada Oktober tahun lepas.
"Ini pertemuan pertama fizikal antara Perdana Menteri Malaysia (Ismail Sabri) dan Jepun (Kishida) ," kata Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo Nor' Azam Mohd Idrus mengenai pertemuan dua pemimpin itu yang akan berlangsung pada 27 Mei, kepada media Malaysia di Tokyo pada Isnin.
Ismail Sabri dan Kishida sebelum ini pernah mengadakan Sidang Kemuncak Jepun-Malaysia melalui sidang telefon pada 20 April lepas yang kedua-duanya menyentuh mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa.
Nor' Azam berkata antara intipati yang akan dibincangkan kedua-dua pemimpin dalam pertemuan mereka adalah mengenai hubungan Malaysia-Jepun termasuk kerjasama pandemik COVID-19, pembukaan sempadan dan penubuhan kampus Universiti Tsukuba di Malaysia.
Malaysia telah membuka semula sempadan pada 1 April 2022 manakala Jepun masih belum membuka sempadan negara sepenuhnya.
"Lawatan ini juga adalah ketika ulang tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur (DPT) yang telah memberi sumbangan besar dalam pengukuhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun," katanya.
Sempena pertemuan itu nanti, kedua-dua perdana menteri akan menyaksikan majlis menandatangani tiga memorandum kerjasama antara Malaysia dan Jepun.
Ia melibatkan Memorandum Kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri, Jepun mengenai industri pesawat; Memorandum Kerjasama Mengenai Kerangka Asas Bagi Perkongsian Maklumat Untuk Operasi Sewajarnya Sistem Berkaitan Sumber Manusia Asing dengan Status "Pekerja Mahir Tertentu" dan Memorandum Kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun mengenai kerjasama dalam bidang belia dan sukan.
Ketika di ibu negara Jepun itu, Ismail Sabri akan menyampaikan ucaptama di Persidangan ke-27 Nikkei Future of Asia di Tokyo bertemakan "Redefining Asia's Role in a Divided World" pada 26 Mei.
Ismail Sabri akan menyampaikan ucapan dan suara Malaysia dalam bahasa Melayu pada persidangan Nikkei itu, katanya.
Nor' Azam berkata Ismail Sabri dijangka membangkitkan isu-isu termasuk meningkatkan integrasi ekonomi serantau, memperkasakan mekanisme rundingan dan kerjasama, kerjasama dalam menangani perubahan iklim serta berkongsi konsep Keluarga Malaysia dalam ucaptamanya.
"Penyertaan beliau (Ismail Sabri) akan menjadi platform untuk Malaysia berkongsi idea dan pengalaman dalam pelbagai inisiatif untuk menentukan arah tuju rantau Asia pada masa hadapan," katanya.
Ketika di Tokyo, Ismail Sabri juga akan mengadakan pertemuan dengan tokoh korporat dan ahli perniagaan daripada syarikat terkemuka di Jepun bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing dan memperkukuhkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan Jepun.
Antara tokoh yang akan ditemuinya pada 27 Mei adalah syarikat Jepun yang telah bertapak di Malaysia seperti Mitsui Fudosan, Mitsubishi Power dan Marubeni, dan berpotensi untuk mengembangkan operasi mereka di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 23 2022

Sempena lawatannya, Ismail Sabri akan bertemu rakan sejawatnya Fumio Kishida, yang baru memegang jawatan itu pada Oktober tahun lepas. - Gambar fail/PMO

Suspek bunuh pelajar perempuan Tingkatan Empat di Klang direman - Polis
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian pembunuhan seorang remaja perempuan yang ditemukan maut di hadapan rumah dekat Kampung Idaman, Pandamaran semalam.

Kerajaan terus subsidi untuk stabil harga, elak inflasi tinggi
Kerajaan sanggup menanggung subsidi dalam jumlah besar iaitu sehingga RM77.3 bilion yang diunjurkan tahun ini bagi menstabilkan harga barang serta mengelakkan kadar inflasi melonjak.

Nahas | Tiga maut dalam rempuhan kereta api di California
Tiga terbunuh apabila kereta api amtrak merempuh sebuah kereta di California pada Ahad. Nahas dilaporkan berlaku jam satu tengah hari di Brentwood, kira-kira sejam pemanduan ke Tenggara San Francisco.

Gangguan Tenaga | Warga Jepun diminta menjimatkan penggunaan elektrik
Kerajaan Jepun menyeru warganya untuk menjimatkan pengunaan tenaga elektrik bagi berdepan kemungkinan berlaku kekurangan tenaga di negara itu. Amaran mengenai kemungkinan berlaku gangguan kuasa dikeluarkan pada Ahad oleh jurucakap Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri.

Pelancaran Roket | NASA lancar roket suborbital di Australia
Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) melancarkan sebuah roket suborbital dari dari Pusat Angkasa Arnhem di Wilayah Utara Asutralia awal pagi Isnin. Ia merupakan roket pertama dilancarkan di negara itu dalam tempoh 27 tahun.

Pelajar tingkatan empat disyaki ditekup bantal hingga mati oleh kekasih
Suspek membawa mangsa ke bilik rumahnya dan berlaku perselisihan faham sebelum suspek dipercayai telah menyebabkan kematian mangsa.

Pensyarah kanan didakwa salah guna dana projek penyelidikan, palsukan invois
Seorang pensyarah kanan didakwa atas lima pertuduhan menyalahgunakan dana projek penyelidikan bernilai RM32,000 dan satu pertuduhan menggunakan invois palsu bernilai RM10,100, lima tahun lepas.

AWANI Ringkas: Prosiding bela diri Ahmad Zahid | Hakim tegur Guan Eng
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup sebahagian malam ini
Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) akan ditutup sebahagian di kedua dua arah selama 30 minit bermula jam 11 malam ini.

Kesihatan | Kelantan, Terengganu, Pahang dan Putrajaya catat masalah bantut
Kerajaan menyasarkan masalah bantut rakyat Malaysia dapat dikurangkan kepada lapan peratus menjelang 2030. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, negara kini sedang berdepan beban berganda malpemakanan terutama dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun serta peningkatan kadar obesiti dalam kalangan dewasa.

Dakwa pegawai ponteng, JPM minta tampil buat aduan
Menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu, Unit Komunikasi Korporat JPM berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima aduan berhubung perkara itu.

PM buat tinjauan mengejut harga barang
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melakukan tinjauan mengejut buat pertama kali berkaitan situasi harga barangan di sebuah pasar raya di ibu negara.

Nilai ambang muflis perlu dinilai semula - PM
Jumlah kadar kebankrapan terutamanya membabitkan golongan belia agak meruncing dan membimbangkan ketika ini.

Harga ayam: Bukan u-turn, kerajaan ambil kira rintihan rakyat - PM
Bukan u-turn, sebaliknya keputusan kerajaan untuk tidak mengapung harga ayam di pasaran adalah dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat ekoran peningkatan kos sara hidup.

Agenda 2030: Malaysia kemuka tiga cadangan pertingkat kerjasama antarabangsa
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan terdapat banyak negara membangun memiliki program dan agensi yang berpengalaman luas dalam bidang pembangunan.

Boris Johnson tegaskan tidak akan letak jawatan meskipun Tories tewas pilihan raya kecil
Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan selepas partinya tewas dalam pilihan raya kecil Parlimen.

Tarif elektrik dan air di Semenanjung kekal, harga ayam tidak diapungkan - PM
Kerajaan telah memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung.

Pandangan Nur Jazlan terhadap PM tidak membantu perkukuh UMNO - Reezal
Reezal berkata, Nur Jazlan sepatutnya menggunakan wadah parti yang lebih berhemah, daripada membuat kenyataan secara terbuka.

Ismail Sabri berdepan cabaran besar sebagai PM - Annuar
Pentadbiran kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berdepan dengan pelbagai situasi mencabar dalam menguruskan negara.

Subsidi rakyat tidak dimansuh, sebaliknya pemberian bertambah - Annuar
Menurut Annuar, kerajaan sentiasa prihatin tentang masalah kos sara hidup yang dihadapi rakyat, sehingga menampung sejumlah RM43 bilion subsidi.