MALAYSIA

PM ajak rakyat sumbang idea untuk penyediaan Bajet 2017

Bernama 06/09/2016 | 01:52 MYT
Perdana Menteri berkata mereka boleh berbuat demikian mulai Isnin hingga 19 Sept di laman khas yang disediakan. -Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat untuk bersama menyumbang cadangan dalam penyediaan bajet 2017.

Beliau berkata mereka boleh berbuat demikian mulai Isnin hingga 19 Sept di laman khas yang disediakan.

"Anda ada cadangan bernas dan ingin menyumbang kpd #Bajet2017? Sebarkan bahawa mulai 5-19 Sept, idea boleh dikemukakan di https://bajet2017.najibrazak.com," katanya dalam catatan di laman Twitter.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Idea yang telah disumbangkan setakat ini merangkumi topik seperti kos sara hidup, perkhidmatan penjagaan kesihatan, perumahan dan kehidupan bandar, pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan ekonomi dan pendidikan.

#Bajet 2017 #Bajet2017 #kos sara hidup #Najib Razak #sumbang cadangan