awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM ambil berat mengenai masyarakat Siam - Mustapa

Bernama
Bernama
19/01/2018
15:51 MYT
PM ambil berat mengenai masyarakat Siam - Mustapa
Mustapa (tengah) ketika hadir merasmikan Karnival Sawaddee Perdana Menteri 2018 di Wat Sukhomtharam Kampung Kubang Panjang, Pengkalan Kubor malam ini. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil berat mengenai masyarakat Siam di negara ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Mustapa, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan berkata ini terbukti apabila Najib meluluskan sebuah pembinaan dewan serbaguna kepada masyarakat itu di jajahan ini selepas mereka memberikan sokongan padu kepada calon BN, Mat Razi Mat Ail ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor pada 2014.
"Perdana menteri gembira dengan sokongan masyarakat Siam (kepada kerajaan persekutuan) bukan sahaja di Kelantan dan Terengganu, malah di Kedah, Perlis dan negeri-negeri lain (yang mempunyai komuniti tersebut).
"Masyarakat Siam cukup bagus, taat dan setia... kita bertuah kerana masyarakat Siam pandai bersyukur, sebab itu perdana menteri sayang kepada komuniti ini," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Sawaddee Perdana Menteri 2018 di perkarangan Wat Sukhomtharam, Kampung Kubang Panjang di sini, malam ini.
Pada karnival berkenaan, seramai 120 penerima daripada masyarakat tersebut menerima sumbangan berupa kit makanan yang disumbangkan perdana menteri.
Dalam pada itu, Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata negeri ini akan mengalami lebih banyak perubahan positif jika rakyat memberi kepercayaan kepada BN untuk kembali mentadbir.
"Insya-Allah, kalau kita menang, banyak lagi faedah yang kita boleh buat (untuk pembangunan Kelantan). Kita tak pernah ada perdana menteri yang rapat dengan Kelantan (selama ini), maka kita kena balas balik (budi perdana menteri) iaitu dengan mengundi BN," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#calon
#Mustapa Mohamed
#Najib Razak
#Pengkalan Kubor
#Siam
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan