NATIONAL
PM Anwar adakan kunjungan hormat terhadap TYT Sabah Tun Musa Aman

Anwar (kanan) mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu hari ini. -Bernama
KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu di sini.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu.
- Kunjungan itu merupakan yang pertama oleh Anwar sejak pelantikan Musa sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah pada Januari lepas.
- Anwar dijadual berlepas pulang ke Kuala Lumpur petang ini selepas lawatan kerja sehari ke Sabah.
Kunjungan itu merupakan yang pertama oleh Anwar sejak pelantikan Musa sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah pada Januari lepas.
Pertemuan kira-kira setengah jam itu diakhiri dengan jamuan tengah hari di bilik santapan istana.
Selesai acara di Istana Seri Kinabalu, Anwar meneruskan lawatan kerja ke Tawau bagi merasmikan Majlis Penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Sabah di Dataran Majlis Perbandaran Tawau.
Pada majlis itu, Perdana Menteri dijadual menyempurnakan Penyerahan Projek Siap Tamu Desa Sabah, Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Usahawan Sabah dan Peluncuran Program Solar MADANI.
Anwar dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang turut hadir ke program itu akan meluangkan masa meninjau perkhidmatan disediakan di reruai jabatan dan agensi kerajaan yang menyertai program tiga hari bermula Jumaat lepas.
Perdana Menteri dijadual berlepas pulang ke Kuala Lumpur petang ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami