MALAYSIA
PM Anwar adakan lawatan dua hari ke Sabah
Anwar dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada petang ini, sebelum memulakan lawatan berkenaan dengan menghadiri tiga Program Rapat Umum dan Himpunan Keadilan Sempena 27 Tahun Reformasi di Inanam. - Gambar fail Bernama
KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR mengadakan lawatan dua hari ke Sabah bermula hari ini.
Perdana Menteri dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada petang ini, sebelum memulakan lawatan berkenaan dengan menghadiri tiga Program Rapat Umum dan Himpunan Keadilan Sempena 27 Tahun Reformasi di Inanam di sini, Tawau dan Sandakan.
Program pertama dijadualkan berlangsung 3 petang di Dewan Pisompuruan, Kampung Kobuni, Inanam, diikuti program kedua pada 6.30 petang di Pusat Komuniti Desa, Merotai Besar, Tawau.
Perdana Menteri kemudiannya akan menghadiri program ketiga pada 9.30 malam bertempat di Dewan Yu Yuan, Sandakan, sekali gus mengakhiri siri program hari pertama lawatan beliau.
Esok, jadual Anwar bermula dengan menghadiri Majlis Sarapan Mesra Wira Samudera pada 8 pagi di Kompleks Kuarters Angkatan Tentera Malaysia, Taman Samudera, Sandakan.
Selepas itu pada 9.30 pagi, beliau akan menghadiri Majlis Jelajah Wira MADANI dan Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kompleks APMM Zon Maritim, Sandakan.
Perdana Menteri kemudian dijadual berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam, Melaka dari Sandakan, mengakhiri lawatan beliau ke Negeri di Bawah Bayu.
-- BERNAMA