MALAYSIA
PM Anwar adakan lawatan kerja ke Singapura untuk Sesi Pemukiman Pemimpin ke-12
Tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Malaysia-Singapura. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Singapura bermula esok bagi menyertai Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura ke-12.
Ringkasan AI
Kementerian Luar berkata sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin merupakan mekanisme peringkat tertinggi bagi kedua-dua negara dan dianjurkan secara bergilir-gilir oleh Malaysia dan Singapura.
“Ia bertujuan untuk menilai kemajuan kerjasama sedia ada, membincangkan isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
“Serta meneroka peluang kerjasama baharu untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala,” katanya melalui kenyataan yang disiarkan hari ini.
Tambahnya, semasa lawatan tersebut, kedua-dua pemimpin dijadual untuk menyaksikan pertukaran dua Memorandum Persefahaman (MoU) dan satu Perjanjian antara Malaysia dan Singapura.
“Ia mencerminkan skop kerjasama yang semakin meluas antara kedua-dua buah negara,” katanya.
Antara delegasi Malaysia yang menyertai lawatan ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah, serta pegawai kanan kerajaan.
Turut serta dalam delegasi ialah Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz.
Sebagai negara jiran dan salah satu rakan utama dalam ASEAN, Malaysia dan Singapura menjalin hubungan erat dan meluas dalam pelbagai sektor.
Singapura kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia, dengan perdagangan dua hala berjumlah AS$78.70 bilion (RM339.39 bilion) dari Januari hingga Oktober 2025, mewakili 13.5 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan Malaysia.
Tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan lawat Singapura; sertai Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-12.
- Sesi bertujuan nilai kerjasama sedia ada, bahas isu-isu dua hala, serta meneroka peluang kerjasama baharu.
- Delegasi Malaysia termasuk Timbalan PM, Menteri Luar, Pengangkutan, dan Kewangan; Singapura rakan dagang kedua terbesar Malaysia.
Kementerian Luar berkata sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin merupakan mekanisme peringkat tertinggi bagi kedua-dua negara dan dianjurkan secara bergilir-gilir oleh Malaysia dan Singapura.
“Ia bertujuan untuk menilai kemajuan kerjasama sedia ada, membincangkan isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
“Serta meneroka peluang kerjasama baharu untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala,” katanya melalui kenyataan yang disiarkan hari ini.
Tambahnya, semasa lawatan tersebut, kedua-dua pemimpin dijadual untuk menyaksikan pertukaran dua Memorandum Persefahaman (MoU) dan satu Perjanjian antara Malaysia dan Singapura.
“Ia mencerminkan skop kerjasama yang semakin meluas antara kedua-dua buah negara,” katanya.
Antara delegasi Malaysia yang menyertai lawatan ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah, serta pegawai kanan kerajaan.
Turut serta dalam delegasi ialah Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz.
Sebagai negara jiran dan salah satu rakan utama dalam ASEAN, Malaysia dan Singapura menjalin hubungan erat dan meluas dalam pelbagai sektor.
Singapura kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia, dengan perdagangan dua hala berjumlah AS$78.70 bilion (RM339.39 bilion) dari Januari hingga Oktober 2025, mewakili 13.5 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan Malaysia.
Tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
#Singapura
#Malaysia
#Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura
#Anwar Ibrahim
#lawatan kerja
#terkini