MALAYSIA
PM Anwar adakan taklimat pada Selasa, bincang rombakan Kabinet - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu berkata pada sesi berkenaan Perdana Menteri dijangka memberikan penerangan berkaitan peletakan jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick yang diumum semalam. - Gambar Bernama
?SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan taklimat bersama Jemaah Menteri, Selasa ini antaranya bagi membincangkan tentang rombakan Kabinet yang dijangka dilaksanakan.
Ringkasan AI
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pada sesi berkenaan Perdana Menteri dijangka memberikan penerangan berkaitan peletakan jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick yang diumum semalam.
"Saya dengar melalui berita (peletakan jawatan Ewon), tetapi Selasa ini ada mesyuarat Kabinet dan kita akan dengar penerangan daripada Perdana Menteri.
"Kita juga akan bincang pada Selasa nanti (rombakan Kabinet), jadi saya tak mahu komen apa-apa lagi mengenai hal itu," katanya ketika ditemui selepas sesi penggulungan Konvensyen Nasional Amanah 2025 di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan Ewon mengumumkan peletakan jawatannya sebagai anggota Kabinet Persekutuan atas dasar prinsip dan pendirian berkaitan pelaksanaan hak 40 peratus hasil Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan.
Ewon yang memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti penghakiman bertulis oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Celestina Stuel Galid berhubung Semakan Kehakiman yang difailkan oleh Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS).
Ditanya sama ada peletakan jawatan itu akan mengganggu gerak kerja Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yakin ia tidak akan memberi sebarang kesan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mengadakan taklimat dengan Jemaah Menteri untuk membincangkan rombakan Kabinet yang akan dilaksanakan.
- Presiden Amanah, Mohamad Sabu, menyatakan Perdana Menteri akan berikan penerangan berkenaan peletakan jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Ewon Benedick, pada sesi Kabinet.
- Ewon mengumumkan peletakan jawatannya berhubung pelaksanaan hak 40 peratus hasil Sabah seperti dalam Perjanjian Malaysia 1963, namun Mohamad yakin tindakan itu tidak akan ganggu gerak kerja Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.