awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar akan bahagi masa bangunkan negara, perkukuh PKR

Bernama
Bernama
23/05/2025
16:02 MYT
PM Anwar akan bahagi masa bangunkan negara, perkukuh PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan membahagikan masa dalam tugasan membangunkan negara dan pada masa sama, memperkasa kekuatan Parti Keadilan Rakyat (PKR). - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan membahagikan masa dalam tugasan membangunkan negara dan pada masa sama, memperkasa kekuatan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan luangkan satu hari seminggu mulai Jun untuk fokus memperkukuh Parti Keadilan Rakyat (PKR).
  • Anwar mohon maaf kerana kurang beri perhatian kepada parti sejak jadi Perdana Menteri, dan mahu ahli kembali bersatu selepas pemilihan.
  • Beliau tekankan pentingnya kerjasama dalam Kerajaan MADANI agar tiada keretakan antara parti gabungan.

Anwar, yang juga Presiden PKR, berkata bermula Jun ini, beliau akan memperuntukkan sehari dalam seminggu untuk menumpukan kepada kerja-kerja membina kekuatan parti termasuk di peringkat Cabang.
Beliau berkata usaha itu termasuk bagi memantapkan hubungan dan kerjasama antara parti-parti dalam Kerajaan MADANI.
"(Sebelum ini), saya terbeban dengan tanggungjawab baharu (sebagai Perdana Menteri), saya nak negara ini bangkit jadi negara hebat, cita-cita saya tinggi untuk lihat beberapa tahun lagi Malaysia ini jadi negara hebat, jadi saya terlalu tumpu pada urusan negara.
"Kepada MPP (Majlis Pimpinan Pusat PKR), saya mohon maaf kerana sepanjang hampir tiga tahun saya jadi Perdana Menteri, saya paling kurang ambil berat soal parti. Apakah ia keputusan wajar? Semestinya tidak," kata beliau.
Anwar berkata demikian dalam ucapan dasar dan perasmian Kongres Nasional PKR 2024/2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini malam ini.
Menyentuh mengenai pemilihan peringkat pusat PKR yang berlangsung hari ini, beliau mahu ahli parti itu kembali 'bertaut' selepas proses berkenaan selesai malam ini.
"Saya ajak rakan-rakan, mari kita pupuk semangat, jangan andaikan yang menang itu menang semua, monopoli semua, yang kalah itu kalah terus, belajarlah daripada kelemahan, guna pengalaman kita, beri sumbangan sebaiknya (kepada parti)," kata beliau.
Beliau turut menyeru seluruh ahli PKR agar kembali memperkukuh parti dan merangkul kekuatan yang ada untuk bergerak ke hadapan bersama-sama.
Pada masa sama, Anwar menasihati mereka agar lebih berhemah dalam berbicara selain tertib ketika melontarkan teguran.
Perdana Menteri juga berkata hubungan baik antara parti gabungan dalam Kerajaan MADANI penting untuk diperkukuh.
"Negara akan rugi jika ada berlaku keretakan dalam hubungan parti di dalam gabungan ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKR
#Anwar Ibrahim
#perdana menteri kanada
#bangunkan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan