awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Thailand

Bernama
Bernama
16/12/2024
07:40 MYT
PM Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Thailand
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan makan tengah hari bersama Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dan pasangannya Pidok Sooksawas di Kompleks Seri Perdana. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menganjurkan majlis makan tengah hari rasmi bagi meraikan rakan sejawatannya dari Thailand Paetongtarn Shinawatra di kompleks Seri Perdana, di sini.
Paetongtarn dan delegasinya yang tiba di Malaysia semalam untuk lawatan rasmi dua hari, disambut oleh Anwar sebaik tiba di kediaman rasmi Perdana Menteri pada 11.45 pagi.
Kedua-dua pemimpin itu ditemani pasangan masing-masing, Pidok Sooksawas dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Terdahulu Anwar dan Paetongtarn mengadakan pertemuan bagi mengukuhkan hubungan dua hala di bawah rangka kerja Rundingan Tahunan (AC) Malaysia-Thailand ke-tujuh.
Kedua-dua pemimpin turut menyaksikan pertukaran dua Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang kebudayaan, kesenian dan warisan, serta pembangunan industri getah dan kerjasama ekonomi.
Lawatan Paetongtarn menyerlahkan persahabatan yang terjalin lama dan hubungan kukuh antara Malaysia dan Thailand sebagai jiran rapat dan rakan kongsi di ASEAN.
Pada 2023, Thailand merupakan rakan dagangan keenam terbesar Malaysia di dunia dan kedua terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN, dengan jumlah perdagangan berjumlah US$24.83 bilion (RM113.16 bilion).
Antara Januari dan Oktober 2024, perdagangan dua hala telah mencecah US$20.75 bilion (RM95.50 bilion), berbanding US$20.69 bilion (RM94.37 bilion) bagi tempoh yang sama pada 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri Thailand
#Paetongtarn Shinawatra
#Makan tengahari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan