MALAYSIA
PM Anwar arah jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi

Anwar menekankan bahawa langkah ini dapat membantu petani memasarkan hasil mereka dan menyifatkan amalan negara jiran seperti Laos, Vietnam dan Thailand sebagai contoh yang patut diikuti. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Semua jabatan kerajaan diarahkan tidak menggunakan barangan import, khususnya dalam acara rasmi, sebagai langkah menggalakkan penggunaan produk tempatan seperti buah-buahan.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan semua jabatan kerajaan supaya tidak menggunakan barangan import, khususnya makanan, dalam acara rasmi bagi menyokong produk tempatan.
- Beliau menekankan bahawa langkah ini dapat membantu petani memasarkan hasil mereka dan menyifatkan amalan negara jiran seperti Laos, Vietnam dan Thailand sebagai contoh yang patut diikuti.
- Anwar menegur pihak yang masih memilih makanan import walaupun arahan telah dikeluarkan, dan menyeru agar semua lebih peka dalam memperkasakan ekonomi tempatan.
"Jadi, kalau seluruh jabatan kerajaan (ikut arahan), maknanya peluang petani mengeluarkan bahan-bahan tempatan itu lebih banyak,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, pada Jumaat.
Menurutnya, amalan menggunakan 100 peratus makanan tempatan dalam acara rasmi kerajaan sudah menjadi kebiasaan di beberapa negara jiran yang dilawatinya seperti Laos, Vietnam dan Thailand.
"Secara otomatis dia (negara itu) pastikan makanan tempatan. Sebab itu, kita bagi arahan seluruh jabatan kerajaan ini tidak ada bahan import.
"Ini kadang-kadang saya tengok dulu di Seri Perdana, (hidang) ikan kod, ish saya kata tak payahlah…bagi ikan keli pun tak apa, sesetengah orang dengan ikan keli dia geli. Saya suka ikan keli.
"Kalau nak makan ikan kod pun boleh, tapi secara peribadi, bukan dalam acara rasmi," tambahnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami