MALAYSIA
PM Anwar bakal sampaikan amanat Hari Kebangsaan Sabtu ini - Aaron

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan amanat sempena Hari Kebangsaan 2025 pada 30 Ogos ini di MAEPS. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan amanat sempena Hari Kebangsaan 2025 pada 30 Ogos ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).
Ringkasan AI
- Perdana Menteri akan menyampaikan amanat Hari Kebangsaan 2025 pada 30 Ogos di MAEPS, sebagai usaha memperkukuh semangat perpaduan dan patriotisme rakyat.
- Tema sambutan "Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni" menekankan bahawa setiap rakyat adalah aset negara yang perlu dihargai tanpa mengira latar belakang.
- Kira-kira 5,000 tetamu dijangka hadir, termasuk pelajar, penjawat awam, belia dan wakil pelbagai sektor, bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan terutama dalam kalangan generasi muda.
"Amanat yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri diharap dapat memberikan inspirasi baharu kepada rakyat Malaysia untuk terus bersatu padu, menghargai pengorbanan generasi terdahulu, serta menghayati erti kemerdekaan dalam konteks cabaran semasa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Aaron berkata kira-kira 5,000 tetamu, termasuk penjawat awam, agamawan, jentera perpaduan, pelajar sekolah, anggota badan beruniform, pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT), golongan belia, usahawan dan warga kerja swasta dijangka hadir ke majlis itu bagi menyemarakkan penghayatan kemerdekaan dalam kalangan rakyat Malaysia terutama generasi baharu.
-- BERNAMA
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami