Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dijadual membentangkan RMK13 pada 12 tengah hari – Ikuti perkembangan di sini
MALAYSIA

PM Anwar bantu pasangan suami isteri lumpuh

Bernama 08/06/2025 | 22:15 MYT
Ahmad Farhan yang mewakili Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada penerima di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, semalam.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada pasangan suami isteri yang masing-masing lumpuh akibat serangan strok.

Bantuan itu disampaikan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri. Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili Anwar ketika menziarahi pasangan berkenaan di kediaman mereka di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, semalam.

"Pasangan suami isteri ini diuji dengan serangan strok sehingga mengakibatkan kedua-duanya terlantar dan memerlukan penjagaan rapi oleh keluarga. Walaupun mereka terlantar, kasih dan sabar yang terpancar cukup menginsafkan kita semua.

"Bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya menyampaikan salam dan sumbangan sebagai tanda kasih, prihatin dan solidariti," kata Ahmad Farhan menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut mendoakan pasangan itu serta ahli keluarga yang setia menjaga mereka diberikan kesembuhan, kekuatan dan ketenangan.

-- BERNAMA








#PM Anwar Ibrahim #PM hulur sumbangan #suami isteri lumpuh #Bandar Indera Mahkota