[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
NATIONAL

PM Anwar beri sumbangan kepada penghidap kencing manis kronik di Kuantan

Bernama 03/04/2025 | 10:30 MYT
Bantuan disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi, yang menziarahi Luthfi di kediamannya di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan bantuan wang tunai dan bakul makanan kepada Luthfi Hasyim, seorang penghidap kencing manis kronik yang dalam masa sama berjuang membesarkan tiga anaknya.
Bantuan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi, yang menziarahi Luthfi di kediamannya di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang.
"Beliau menghidap kencing manis kronik sehingga menyebabkan kakinya terpaksa dipotong. Namun, di sebalik ujian itu, beliau tetap tabah menyempurnakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga," kata Ahmad Farhan menerusi catatan di Facebook, yang turut dikongsi Perdana Menteri.
Luthfi, seorang peniaga kedai runcit, menetap bersama isteri dan tiga anaknya.
Ahmad Farhan berkata ketabahan Luthfi menjadi peringatan bahawa meskipun diuji dengan cabaran besar, manusia tetap mampu berdiri teguh demi keluarga.
"Semoga Allah permudahkan urusan beliau sekeluarga," katanya.
-- BERNAMA
#Perdana Menteri #Anwar Ibrahim #bantuan wang tunai #Luthfi Hasyim #Kuantan