MALAYSIA
PM Anwar bincang dengan ketua parti, senarai Kabinet diumum dalam masa terdekat
Perdana Menteri sebelum ini dilapor akan memutuskan senarai menteri dan timbalan menteri Kerajaan MADANI selepas pertimbangan yang cermat, berhemah dan berlandaskan kepentingan rakyat. - Gambar fail/Bernama
CYBERJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua parti sebelum mengumumkan senarai nama yang akan mengisi kekosongan Kabinet Kerajaan MADANI dalam masa terdekat.
Ringkasan AI
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata meskipun urusan penyusunan barisan Jemaah Menteri adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri, pandangan daripada semua pihak dalam Kerajaan MADANI tetap akan diambil kira.
"Biar saya runding. Betul, ia budi bicara atau wewenang Perdana Menteri untuk mohon perkenan Yang di-Pertuan Agong tetapi seperti biasa dalam proses demokrasi, pandangan rakan-rakan tetap dihormati.
"Saya tentunya akan mendengar beberapa pandangan dari ketua-ketua parti tetapi keputusan muktamad saya akan ambil dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,500 jemaah di Masjid Cyberjaya 10 di sini hari ini.
Perdana Menteri sebelum ini dilapor akan memutuskan senarai menteri dan timbalan menteri Kerajaan MADANI selepas pertimbangan yang cermat, berhemah dan berlandaskan kepentingan rakyat serta hala tuju reformasi negara.
Anwar turut memberikan bayangan bahawa rombakan Kabinet yang akan diumumkan tidak melibatkan perubahan besar-besaran, sebaliknya hanya untuk mengisi kekosongan beberapa jawatan menteri.
Menurut beliau, pertimbangan semasa menunjukkan tiada keperluan untuk rombakan menyeluruh memandangkan tempoh pentadbiran Kerajaan MADANI kini hanya berbaki sekitar setahun setengah sebelum berakhir.
Ketika ini, terdapat beberapa kekosongan dalam Kabinet MADANI, antaranya bagi portfolio Menteri Ekonomi, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
Terdahulu, Anwar menunaikan solat jenazah kariah masjid berkenaan serta menyantuni jemaah solat Jumaat yang diimamkan oleh Hafizul Hakimi Harun.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan berbincang dengan ketua-ketua parti sebelum menetapkan senarai menteri untuk Kabinet MADANI.
- Anwar menyatakan rombakan Kabinet tidak melibatkan perubahan besar-besaran, tetapi hanya untuk mengisi kekosongan jawatan menteri yang wujud.
- Terdapat kekosongan dalam beberapa portfolio penting seperti Menteri Ekonomi, Menteri Sumber Asli, Menteri Pembangunan Usahawan, dan Menteri Pelaburan, Perdagangan, serta Industri.