awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis terima laporan dakwaan kanak-kanak lelaki dianiaya di sebuah taska
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian bapa
Sekurang-kurangnya 15 negeri AS, Washington DC isytihar darurat menjelang ribut musim sejuk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar cadang masjid tubuh jawatankuasa khas orang muda

Bernama
Bernama
24/01/2026
07:54 MYT
PM Anwar cadang masjid tubuh jawatankuasa khas orang muda
Anwar berkata penglibatan aktif anak muda penting bagi memastikan masjid terus berperanan sebagai pusat pembangunan ummah serta institusi yang sentiasa diimarahkan. -Foto Bernama
BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya setiap masjid mewujudkan jawatankuasa khas orang muda bagi memberi ruang kepada golongan belia merancang serta melaksanakan program kemasyarakatan dan keagamaan.
Beliau berkata penglibatan aktif anak muda penting bagi memastikan masjid terus berperanan sebagai pusat pembangunan ummah serta institusi yang sentiasa diimarahkan.
"Anak muda patut ada jawatankuasa khas di bawah pengurusan masjid supaya mereka boleh menjalankan kelas dan kegiatan mengikut keperluan mereka, selagi mematuhi peraturan," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Masjid Kubang Ulu di sini, hari ini.
Beliau menambah, terdapat masjid yang telah menjadi contoh baik seperti di Cherok Tok Kun yang mewujudkan jawatankuasa orang muda bagi menggerakkan aktiviti belia di masjid.
Anwar berkata masjid bukan sekadar tempat ibadah, malah perlu berfungsi sebagai pusat penyatuan ummah, pencerahan pemikiran, pengukuhan akidah serta pembentukan akhlak masyarakat.
Perdana Menteri turut mengingatkan bahawa pembinaan masjid baharu, termasuk Masjid Kubang Ulu, perlu disusuli dengan tanggungjawab memakmurkannya melalui pengisian program serta aktiviti yang bermanfaat kepada masyarakat setempat.
Tegasnya, masjid harus memainkan peranan sebagai "jantung kekuatan" umat Islam yang memperkukuh kefahaman agama, membaiki sahsiah serta membentuk generasi muda dengan asas akidah dan akhlak yang kukuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#jawatankuasa khas orang muda
#golongan belia
#program kemasyarakatan dan keagamaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan