MALAYSIA
PM Anwar dan pasukan berhubung dengan pihak berkepentingan bagi bebaskan sukarelawan GSF
Perdana Menteri Anwar giat berhubung dengan pihak berkepentingan, termasuk melalui saluran diplomatik, bagi memastikan sukarelawan serta aktivis dari Malaysia, ASEAN dan antarabangsa yang menyertai misi GSF dibebaskan segera.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dan pasukannya sedang giat berhubung dengan pihak berkepentingan, termasuk melalui saluran diplomatik, bagi memastikan sukarelawan serta aktivis dari Malaysia, ASEAN dan antarabangsa yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) dibebaskan segera.
Perdana Menteri berkata, perkembangan mengenai proses pembebasan itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
"Kepada ahli keluarga semua aktivis dan sukarelawan, semoga terus diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi detik mencabar ini.
"Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa agar semua tahanan, khususnya warga Malaysia, berada dalam keadaan selamat dan terpelihara," katanya dalam hantaran di akaun media sosial hari ini.
Menerusi hantaran itu, Perdana Menteri turut berkongsi video perbualan beliau dengan Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby yang antaranya memberikan laporan terkini berhubung misi berkenaan.
Secara keseluruhan, sebanyak 10 kapal membawa 23 rakyat Malaysia dalam misi GSF menuju Gaza.
Sehingga 7.50 pagi tadi waktu Malaysia, 12 rakyat Malaysia disahkan ditahan tentera Israel selepas kapal mereka memasuki zon merah R3, kira-kira 100 batu nautika dari Gaza, malam tadi.
-- BERNAMA