awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar dijadual adakan pertemuan dua hala dengan Justin Trudeau

Bernama
Bernama
17/11/2023
15:59 MYT
PM Anwar dijadual adakan pertemuan dua hala dengan Justin Trudeau
Hari ini merupakan hari terakhir Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2023 yang dihoskan oleh Amerika Syarikat. - Gambar fail/Bernama
SAN FRANCISCO: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemua dua hala dengan rakan sejawatnya dari Kanada, Justin Trudeau di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di sini pada Jumaat.
Pertemuan itu adalah atas permintaan Kanada.
Jumlah dagangan antara Malaysia dan Kanada pada 2022 ialah RM10.35 bilion (US$2.35 bilion), meningkat 4.2 peratus daripada RM9.93 bilion (US$2.39 bilion) yang direkodkan pada 2021.
Pada 2023, Putrajaya dan Ottawa meraikan 66 tahun hubungan diplomatik rasmi.
Selepas pertemuan itu, Anwar dijangka menyertai Pemukiman Pemimpin Ekonomi APEC (Sesi II). Hari ini merupakan hari terakhir Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2023 yang dihoskan oleh Amerika Syarikat.
Perdana Menteri kemudian dijadualkan menunaikan solat Jumaat di Pusat Islam San Francisco. Beliau juga akan bertemu pemimpin teknologi Muslim Amerika.
Sebelum pulang ke Malaysia, Anwar akan bertemu diaspora dan pelajar Malaysia pada acara makan malam hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Solat Jumaat
#pelajar malaysia
#APEC 2023
#Makan Malam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan