[TERKINI] Senarai Lengkap Kabinet Baharu MADANI – Siapa Pegang Portfolio Utama?
MALAYSIA

PM Anwar dukacita di atas pemergian aktivis reformasi Anuar Mohd Nor

Seth Akmal 17/12/2025 | 08:23 MYT
Perdana Menteri turut mengirimkan doa kepada Allahyarham Anuar yang meninggal dunia pada usia 61 tahun. - FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan simpati di atas pemergian aktivis reformasi Allahyarham Anuar Mohd Nor semalam.


Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan Anuar Mohd Nor sebagai pengasas gerakan massa yang tegas dan berani, merakamkan simpati atas pemergiannya.
  • Anuar Mohd Nor, yang meninggal pada usia 61 tahun, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana dengan Perdana Menteri mengirimkan doa agar diterima di sisi Allah.
  • Almarhum Anuar dikenali sebagai penulis dan aktivis yang aktif bersuara mengenai isu politik pada era awal 2000-an; maklumat lanjut mengenai faktor pemergiannya masih belum diperoleh.


Melalui kenyataan yang disiarkan di Facebook, Perdana Menteri menyifatkan Anuar merupakan antara pengasas gerakan massa yang telah memikul beban serta tegas dan berani.

“Sedih dan duka yang terdalam tatkala mendapat tahu pemergian salah seorang pemuka dan pendiri perjuangan yakni saudara almarhum Anuar Mohd Nor yang menyahut panggilan suci ilahi semalam.

“Beliau memikul beban dan mehnah perjuangan dengan kesedaran yang utuh betapa perubahan hanya bermakna sekiranya ia diterjemah dengan tegas dan berani,” katanya.



Pada masa sama Perdana Menteri turut mengirimkan doa kepada Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 61 tahun.

“Selamat pergi ke negeri abadi saudara Anuar, semoga Allah mengasihanimu dan memberi tempat yang terbaik di sisiNya, Insya-Allah,” katanya lagi.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana semalam.

Difahamkan Allahyarham merupakan seorang penulis dan aktivis yang sering bersuara mengenai isu polemik politik terutama pada era awal 2000-an.









#Anwar Ibrahim #meninggal dunia #Islam #aktivis era-Reformasi