KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru tindak balas bersepadu secara global ditampilkan semasa dunia berhadapan dengan landskap global yang semakin berpecah-belah, yang mengancam keselamatan dan kemakmuran kolektif.

Perdana Menteri berkata ancaman semakin meningkat ini, antaranya serangan siber, kebimbangan berkaitan alam sekitar dan kekurangan sumber, mendorong dunia menghala ke arah titik perubahan yang belum pernah berlaku sebelum ini, menuntut tindak balas yang bersepadu.

"Alam digital, apa yang dipanggil realiti kedua kita, menghadapi serangan siber tanpa henti, yang mengancam untuk menjejaskan data kita yang paling sensitif, menjejaskan keselamatan kita dan kepercayaan yang menjadi pegangan masyarakat dan ekonomi kita.

"Kebimbangan terhadap alam sekitar dan kekurangan sumber memburukkan lagi ketegangan ini. Perubahan iklim bukanlah ancaman yang masih jauh, namun krisis semasa yang memberi kesan kepada keselamatan makanan, menyebabkan bencana alam dan masyarakat yang kehilangan tempat tinggal.

"Ketika masyarakat goyah di bawah tekanan ini, bencana kehancuran ekonomi kelihatan semakin hampir, yang menjejaskan prospek kemakmuran masa depan," katanya ketika merasmikan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 dan Pameran keselamatan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC ASIA) 2024 di sini hari ini.

-- BERNAMA